Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Monday, March 3

Calon Pilihan






Amirul calon favourite saya. Sebabnya:



1. Dia tidak 'gila kuasa'. Dia cuma akan memimpin jika diperlukan. Kuasa bukan tujuan, tapi alat untuk membangunkan umat.

2. Dia juga sederhana tapi penuh karisma.

2. Pandangan dan hujahnya sentiasa bernas (kami tak perlu rasa malu bila melihat Amirul bersidang di Parleman nanti)

3. Senyuman dan keramahannya bukan plastik dan bukan juga bermusim.

4. Manifestonya realistik tapi mengujakan. Jauh sekali bombastik atau sekadar retorik.

5. Dia tak pernah pun menyebut-nyebut kebaikan yang telah dilakukannya. Mungkin dia takut pahalanya menyusut secara drastik. Dia juga tak pernah berlagak dengan ijazah dan kepakarannya yang ulung itu. Tapi kami tahu!

6. Dia memang bersih. Saya sudah menyemak rekodnya di BPR, JPJ, PDRM, MARA dan PTPTN. Saya juga sudah menyemak rekod pribadinya di sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti tempat dia belajar. Tidak ketinggalan juga rapport dari jiran-jiran sebelah rumah, ketua kampung, imam masjid, rakan sekerja, kawan-kawan dan cikgu-cikgunya. Saya juga sudah 'scan' hati dan organ-organ dalamannya seperti limpa, jantung, paru-paru, abdomen, usus besar dan saluran esofagusnya. Sah! Dia memang bersih!

5. Dia tak berkempen pun. Orang lain sibuk berkempen, dia tenang meneruskan rutin biasa hidupnya. Dia lebih suka kalau tak menang. Jenuh kami memujuk untuk memasang poster wajahnya yang sejuk mata memandang itu tapi tidak dibenarkannya. Sambil tersenyum manis dia berkata: " tak maulah... nanti sel-sel kulit saya mati terkena flash kamera". Sesekali dia ulang ayat klise ini : "barang yang baik tak perlukan promosi berlebihan".

6. Dia tidak pernah memburukkan lawannya. Dia malah selalu menyebarkan kebaikan dan kekuatan lawannya kepada kami. Bila kami tegah dia cuma berkata: "Yang buruk-buruk orang dah tahu sendiri, tak payah sebut lagi... tak seronok ulang perkara yang sama". Yang kami tahu, dia memang sayangkan lidahnya yang bersih itu. Kami juga dapat tahu, dia dan lawannya itu saling tegur-menegur bila masing-masing membuat kesilapan.

7. Dia profesional dan matang. Tidak bias dan bijaksana. Tak cepat melatah dan membuat kenyataan yang bukan-bukan untuk menarik perhatian. Dia menggalakkan kami membuat keputusan yang tepat berdasarkan alternatif-alternatif yang ada. Dia yakin diri.



*Sebenarnya banyak sebab kami bersepakat untuk mengundinya, tapi cukuplah dengan fakta-fakta ini. Bak kata Amirul - "barang yang baik tak perlu promosi yang lebih'. Tolong jangan beritahu dia ya, sebenarnya Amirul tak suka kami berkempen untuknya.





2 comments:

Cengkih78 said...

salam,

sungguh indah syarat 'wakil rakyat tu' jamiah. lina pasti, kalu itu yg dituntuk rakyat sepenuh2nya dari pemimpin kita, barangkali hampir 90% msk kategori tak layak bertanding. bila mia membariskan ciri2 kehendak rakyat yg nak menunaikan hak sebelum menuntut hak nie, hanya seorang saja yg lina terbayang..

Nik Aziz..

sibuk mcm mana pun, selalu balik umah dan mengimamkan sembahyang di masjid, alangkah baiknya jika pemimpin kita ramai yg sebegini. malangnya, pemimpin kita suka jauhkan diri dari rakyat..

jamiah said...

Salam lina,

Ya, inilah senario kita masakini. Mencari pemimpin yang benar-benar bersih, trampil dan berwibawa bagai mencari permata dalam timbunan kaca.

Adakalanya, kaca disangka permata. Adakalanya, permata pula disangka kaca.

Apapun, hanya jauhari yang mengenal manikam :)

* Justeru, di sinilah cabaran kita bermula - melahirkan barisan pelapis dengan 'pakej sempurna' demi 'Yang Tercinta'.