Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com


Tuesday, November 10

Saya kehilangan ibu...




"... awal tahun 2009 saya telah kehilangan ibu kesayangan...
saya agak kehilangan arah walaupun saya nmpk seperti biasa dan masih lagi ceria melalui hari-hari mendatang tetapi segala kesakitan itu saya pendam seorang diri".




Kehilangan insan yang terlalu signifikan dalam hidup kita pastinya bukan mudah untuk diterima. Kesedihannya masih terasa walau berdekad masa berlalu. Bagaimana menanganinya?


Warkah di atas adalah sebahagian dari coretan rasa seorang siswi lewat e-mail. Maafkan saya, warkah ini termasuk ke dalam ruangan junk box dan baru saya temui. Warkahnya panjang dan memerlukan jawapan yang juga panjang.


Buat pelajar saya, sila sertakan nombor telefon untuk dihubungi ketika saudari mengutuskan email kerana lazimnya saudari akan menerima respon yang sangat lambat. Atau, saudari boleh menghubungi saya secara terus melalui talian. Sebagai pendidik, ya.. benar, saya masih mengingati saudari sebagaimana saudari mengingati saya. Dan kerana itu juga.. saya masih terus menulis walau cuma sepatah. Ya... kerana saya masih mengingati dan kebanyakan tulisan-tulisan ini ditujukan buat saudari - anak-anak didik saya yang dikasihi.

2 comments:

Eikyn said...

Assalamualaikum,

Saya baru pertama kali view blog saudara. Salam perkenalan..

Nain Muhamed said...

saya juga baru kehilangan ibu..saya faham perasaan saudara..