Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Friday, October 30

Makan sedap-sedap...




Ada satu mutiara hikmah dari seorang senior saya di UPM yang masih saya ingat hingga kini. Menurutnya ia dari Lukmanul Hakim. Bagaimanapun saya tidak pasti kerana belum menemui sebarang dokumentasi kata-kata ini dalam karya yang autentik atau credible. Ayatnya berbunyi begini:


Makan sedap-sedap, buat rumah banyak-banyak dan kahwin banyak kali.


Makan sedap-sedap bermaksud.. makan apabila lapar. Bila benar-benar lapar, makanan 'biasa-biasa' saja pun akan terasa enak. Begitu juga sebaliknya.


Buat rumah banyak-banyak bermaksud... menjalinkan ukhuwah dan persahabatan yang akrab dengan ramai orang. Oleh itu kita akan saling menziarahi antara satu sama lain seolahnya mempunyai rumah yang banyak.


Kahwin banyak kali? Oh! Yang ini saya tinggalkan kepada saudara untuk main fikir-fikir :)



Thursday, October 29

My Murabbi



Tiadalah sahaya berniat mencemarkan bahasa. Ini pula sebahagian daripada tugasan sekolah yang kelima: 'Prophet Muhammad's Method of Teaching' oleh Dr S Dawood Shah. Laman pendidikan ini dibangunkan menggunakan kerangka ASSURE model dan Teori Pemprosesan Maklumat sebagai sebahagian daripada medium pembelajaran. Kandungan laman ini adalah kertas kerja yang dibentangkan oleh beliau dalam satu seminar di UIAM.



Silakan bertandang ke My Murabbi yang damai membiru :)


Nota: Semoga saudara menjadi murabbi yang disegani, bahagia lagi berjaya.


Wednesday, October 28

Beradab dalam berbahasa

Oleh ARIF ATAN

BULAN Bahasa Kebangsaan sepanjang bulan ini bukan sahaja menuntut kita menggunakan dan mengutamakan bahasa Melayu malah membudayakan bahasa milik Satu Malaysia itu dengan beradab dan sopan.


Adakah kita tertib dalam berbahasa atau kena pada masa dan tempatnya?

Paling mudah, kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS). Tidak patut berlaku SMS yang menggunakan bahasa caca-marba. Kita akui tujuan SMS adalah untuk menghantar pesanan ringkas tetapi hairannya mengapa ada pihak boleh pula menaip 'kenapa' sebagai napew tidak nape atau 'mana' sebagai maner? Bukankah ejaan sedemikian hanya memanjangkan kata berkenaan?
Selain itu, ada pula kakitangan yang mewakili jabatan buat pertama kali menelefon pegawai jabatan lain dengan membahasakan dirinya dan orang lain sebagai "abang", 'adik", "Kak Ti" atau "awak" atas urusan rasmi.

Hal ini turut 'berjangkit' dalam kalangan pelajar universiti. Apabila mereka berhubung dengan agensi atau syarikat atas keperluan kursus pengajian atau memohon peruntukan ada antara mereka sekadar menghantar SMS.

Mesejnya pula menggunakan bahasa yang sukar difahami. Jika menelefon pula, selepas memberi salam kerap dimulakan dengan "En. Ali, ke ni?". Sepatutnya, lebih elok jika memperkenalkan diri dan meminta maaf terlebih dahulu jika mengganggu kemudian barulah menyatakan tujuan menelefon.

Hakikatnya, panggilan formal seperti "encik" dan "saya" lebih sesuai jika berhubung atas urusan rasmi melainkan mungkin kenalan rapat atau umur sebaya. Berkomunikasi perlu mengambil kira faktor kesesuaian usia, masa, tempat dan kedudukan sosial.

Jika tidak, wujudlah keadaan gagal membezakan mana situasi yang memerlukan kita serius dan mana yang tidak perlu. Kerja tidak profesional juga berlaku akibat bercakap pun sambil lewa. Status pelajar universiti pula akan turun apabila bercakap masih kebudak-budakan.
Begitu juga semasa berbual. Timbul gejala apabila bercakap dengan bukan Melayu, orang Melayu akan bercakap menggunakan bahasa Inggeris. Walhal, apabila dua orang bukan Melayu bercakap dan dalam masa yang sama ada seorang Melayu, perbualan sesama bukan Melayu itu adalah dalam bahasa mereka bukannya pun dalam bahasa Inggeris!
Seharusnya, bulan Oktober ini dijadikan sebagai pencetus azam seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan status sosial untuk membudayakan bahasa kebangsaan yang beradab dalam setiap urusan seharian sama ada secara bertulis mahupun lisan.


Sumber: Rencana, Utusan Malaysia







Tuesday, October 27

Cincau Jagung


Bahan-bahan:


1. secawan susu segar (atau susu pekat manis dicampur segelas air)

2. dua sudu cincau (dipotong halus)

3. dua sudu jagung (dalam tin atau telah direbus)


Cara:


Campurkan kesemuanya dan hidangkan (boleh ditambah sedikit ais)



Nota: Menu ini diubahsuai dari sebuah restoran di UIAM.


Sunday, October 25

Orang Yang Berbahagia


Orang yang berbahagia itu ialah orang yang dapat menakluki hatinya kerana orang yang demikian itu lebih baik daripada orang yang menakluki negeri.


~Hukamak~

Saturday, October 24

Jom Kembara !



Saudara suka mengembara? Jika ya, saya juga suka mengembara. Menyaksi kebesaran tuhan dalam kepelbagaian ragam dan corak manusia serta peradabannya yang berbeza. Ajaib bukan.. bagaimana manusia yang asalnya satu menjadi jutaan kelompok yang berbeza.. dengan bahasa, rupa fizikal dan budaya yang berbeza. Namun, bagi saya setiap kelompok memiliki satu persamaan - mereka semua asalnya adalah seorang pengembara! Atau dalam erti kata lain, setiap peradaban manusia dicetus dan diwarnai oleh seorang pengembara. :)


Murung Cabang Penyakit




Oleh Rosmaliana Aida Mohd



SESIAPA saja boleh mengalami masalah kemurungan tidak mengira usia, jantina atau bangsa malah kanak-kanak seawal usia lima tahun juga boleh mengalami kemurungan cuma simptom mereka berbeza daripada orang dewasa. Bagaimanapun, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi daripada lelaki kerana mereka lebih bersikap tanggungjawab dan mengambil tahu setiap perkara secara mendalam.


Penasihat Psikiatri Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr Daniel Zainal Abdul Rahman, berkata pesakit yang mengalami masalah kemurungan akan hilang keyakinan diri, berasa rendah diri serta hidup dalam dunia mereka sendiri.Menurutnya, jika tidak dirawat segera penghidap masalah kemurungan akan berasa dunia mereka seolah-olah tamat di situ saja dan ini menyebabkan banyak kejadian bunuh diri berlaku.


"Disebabkan itu, mereka perlu mendapatkan rawatan pakar selain ubat-ubatan bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku".


"Ini disebabkan kemurungan bukan kelemahan peribadi tetapi penyakit yang menjejaskan otak yang memerlukan rawatan perubatan dengan segera," katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.Antara sebab wanita lebih kerap berdepan dengan kemurungan ialah perubahan peringkat hormon yang dialami sepanjang hidup mereka terutama selepas mengalami haid, hamil, selepas bersalin, pramenopaus dan putus haid. Hormon dalam badan akan berubah sepanjang tempoh kehidupan dan wanita paling banyak mengalaminya. Ia sedikit sebanyak memberi banyak tekanan dalam kehidupan seharian mereka.


Selain itu katanya, tekanan atau stres melampau juga boleh mendorong ke arah kelainan ini. Kadangkala kemurungan boleh berlaku walaupun kehidupan individu berkenaan sihat dan normal. Antara penyebab tekanan termasuklah penat dalam usaha untuk mengimbangkan antara tugasan di rumah dan tempat kerja, mempunyai pekerjaan yang berat dan membebankan, status ibu atau bapa tunggal, masalah kewangan serta perceraian ataupun kematian pasangan hidup."Oleh itu, keseimbangan dalam melakukan kerja harian amat perlu untuk mengelakkan tekanan dihadapi dan lakukan perkara itu setakat termampu. Jangan memaksa diri melakukan perkara di luar kemampuan diri," katanya.


Namun begitu katanya, penyakit kemurungan juga boleh diwarisi sekiranya ada sejarah kemurungan dalam keluarga."Bagaimanapun sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat serta tidak terlalu bercita-cita tinggi hingga sukar digapai dan menyebabkan kekecewaan, maka ia satu cara hidup yang ringkas tanpa sebarang bebanan," katanya.


Malah ramai beranggapan seseorang itu gila jika berjumpa pakar psikiatri walaupun sebenarnya banyak masalah mental yang tidak ada kaitan dengan gila dan tidak kurang juga yang menganggap kemurungan sebagai masalah biasa. Menurutnya, faktor kemurungan boleh berpunca daripada pelbagai sebab seperti kematian anggota keluarga, putus kasih, perceraian, krisis ekonomi dan bebanan di tempat kerja serta akibat penyakit kronik.


Biasanya pesakit yang mengalami masalah kemurungan akan hilang minat terhadap perkara yang menggembirakannya. Mereka juga berasa tidak fokus, mengasingkan diri, hilang selera makan atau gangguan tidur dan kurang memberi tumpuan terhadap kerja.


Dianggarkan terdapat 300 jenis penyakit tergolong dalam penyakit psikologi dan kemurungan adalah satu cabang daripada penyakit jiwa. Penyakit kemurungan boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan kehidupan sosial penghidapnya kerana ia satu penyakit yang menyebabkan seseorang individu berada dalam keresahan dan kegelisahan secara berterusan tanpa sebarang sebab munasabah.Malah jika tidak ditangani secara rasional, masalah kemurungan ini boleh melarat kepada perkara lebih buruk hingga menjejaskan kesihatan diri individu itu sendiri.Ia sebenarnya penyakit keempat di dunia yang paling berpotensi menyebabkan ketidakupayaan individu dari segi sosial kerana kebanyakan daripada penghidap masalah ini lebih gemar menyendiri tanpa bergaul dengan sesiapa.


Simptom kemurungan:


Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan.
Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
Mudah berputus asa.
Perasaan bersalah dan tidak berguna.
Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
Berperasaan lebih baik mati, kadangkala disertai dengan cubaan bunuh diri.
Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.



Antara tip yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah kemurungan:
Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara teratur serta mengambil pemakanan seimbang.
Dapatkan tidur mencukupi kerana tidur adalah elemen rehat paling penting untuk tubuh serta minda supaya dapat kembali bertenaga secara fizikal dan mental keesokan harinya.
Elak bersendirian serta luangkan masa bersama keluarga.


Nota:

1. Ambilan dari Harian Metro

2. La tahzan, damaikan hati dan cemerlangkan diri dengan sabar dan doa yang tiada putusnya.

3. Belajar seni menceriakan diri dan orang lain.

4. Sebaiknya elakkan pergantungan kepada ubat penenang kerana ianya boleh memberikan kesan sampingan.

5. Amalkan sifat optimis dan positif (baik sangka)

6. Lingkungi diri dengan individu dan persekitaran yang positif, ceria dan menenangkan

7. Amalkan gaya hidup seimbang. Ikuti setiap usaha dengan tawakal dan redha.




Friday, October 23

Perahu Taqwa




Dunia adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam. Justeru itu sediakanlah perahu untuk belayar dan ia adalah taqwa kepada Allah.


~Luqmanul Hakim~

Thursday, October 22

Kepuasan Kerjaya




Gembira dan bahagia tika menyabit padi yang ditanam sendiri. Begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana upah tetapi kerana kerja yang patut dapat upah.


~Hukamak~

Wednesday, October 21

Berlari Dalam Peduli






Berlari... teruslah berlari. Berlari penuh strategi. Berlari... dalam peduli.



Fokus. Utamakan yang utama. Sempurnakan yang wajib. Perbanyakkan yang sunat. Jauhi yang makruh. Tinggalkan yang haram.



Rancang masa sebaiknya dan laksanakan dengan sempurna. Berikan sedikit keanjalan supaya tidak terlalu tertekan.



Usah bertangguh. Lakukan sekarang juga. Ramai orang terpedaya dengan masa lapangnya sehingga ia terbiar sia-sia. Sempurnakan segala misi... tunaikan segala janji.



Kenali diri. Mantapkan kekuatan sedia ada, perbaiki kelemahan dan kenalpasti bakat yang terpendam. Manfaatkan setiap kelebihan. Sentiasa perbaiki diri dan keadaan.



Lakukan apa jua dengan cara yang terbaik. Bukan untuk bersaing dengan sesiapa, apatah lagi memburu populariti, status mahupun kuasa. Itu jihad kita. Memberi yang terbaik dalam apa jua.



Campakkan kedengkian meski sezarah. Doakan kejayaan orang lain dan berikan sokongan yang tulus. Harapkan kebaikan bagi mereka sebagaimana kita mengharapkan kebaikan bagi diri kita sendiri.



Hubungkan tali ukhuwah meski dengan sebaris ucapan lewat sms dan emel.. walau cuma sekali dalam setahun. Ketepikan malu yang tidak bertempat dan bina persaudaraan yang tulus - kerana Allah. Penuhi undangan dan ziarah menziarahi saat berkesempatan. Tebarkan salam. Maniskan senyuman. Jalinkan persahabatan hingga ke pintu syurga.



Berlari dan teruslah berlari. Berlari penuh strategi. Berlari dalam peduli. Masa yang diperuntukkan bakal tamat... pastikan kita tiba ke destinasi terakhir sebelum wisel berbunyi... preeettt !!!




Tuesday, October 20

Tips Keselamatan Tinggal di Rumah


Tinggal di rumah tidak semestinya selamat. Penjenayah semakin pintar dan ini bermakna kita perlu menjadi 11 kali lebih pintar berbanding mereka. Berikut antara tips keselamatan yang sempat dibincangkan bersama beberapa orang teman ketika kediaman kami diceroboh seseorang pagi tadi:

1. Pastikan telefon sentiasa aktif, mudah dicapai dan mempunyai baki kredit yang mencukupi bagi tujuan keselamatan

2. Simpan nombor-nombor penting untuk kegunaan kecemasan seperti jiran tetangga, pegawai polis kawasan, pondok polis berhampiran, rukun tetangga, pondok pegawal dan individu terdekat. Letakkan dalam telefon bimbit dan tampalkan juga di tempat yang mudah dilihat.

3. Jika boleh, elakkan tinggal bersendirian.

4. Pastikan pintu dan tingkap dikunci rapat

5. Simpan dokumen-dokumen penting di tempat yang sulit

6. Perhatikan kawasan sekitar sebelum memasuki kawasan rumah, pergerakan anda mungkin sedang diperhatikan

7. Pasang selak pintu dari dalam serta alat pengera keselamatan

8. Jika syak penceroboh memiliki kunci pendua, tukar mangga kunci dan juga tombol pintu

9. Jangan memberikan kunci rumah kepada orang lain atau meninggalkannya di dalam kereta semasa kereta diservis/dicuci

10. Jangan sesekali memberikan kunci rumah kepada individu yang datang untuk membaiki rumah/paip/sinki atau memasang lampu/kipas dan sebagainya. Pastikan anda memantau kerja-kerja yang dilakukan dan sebaiknya tidak bersendirian.



11. Sediakan senjata tajam, air lada, kayu keras atau apa-apa sahaja alat yang dapat digunakan untuk mempertahankan diri

12. Sediakan lampu picit

13. Bertenang dan jangan mudah panik, jerit sekuatnya jika perlu

14. Periksa jika ada bahagian rumah yang bocor atau mudah diceroboh

15. Penceroboh mungkin menggunakan ilmu sihir. Amalkan ayat-ayat Quran tertentu sebagai pendinding diri. Seorang teman pula mencadangkan agar membela ikan puyu untuk mengelakkan gangguan pukau.

16. Pakai seluar panjang yang selesa semasa tidur supaya mudah bergerak, jika boleh, kuasai ilmu silat atau mana-mana ilmu pertahanan diri

17. Sebelum mengunci pintu, periksa bahagian dalam rumah – di balik pintu, dalam tandas, dalam almari, di balik langsir, di bawah katil atau di mana-mana bahagian yang meragukan

18. Jangan bukakan pintu rumah/pagar kepada individu yang tidak dikenali/diragui.

19. Pasang CCTV


Jika rumah anda telah diceroboh, berikut antara langkah-langkah yang perlu dilakukan:

1. Laporkan ke balai polis berhampiran, camkan wajah dan rupa fizikal penceroboh

2. Periksa barang yang hilang

3. Periksa kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penceroboh

4. Maklumkan kepada jiran tetangga dan individu signifikan

5. Sentiasa lebih berhati-hati, penceroboh mungkin sudah lebih memahami setiap sudut kediaman anda dan datang semula dengan pelan yang lebih canggih.

** Seorang teman yang lain pula berpesan:

Kalau rasa-rasanya mistik, buat pendinding… pastu buat solat berjemaah dan bacaan Yasin. Untuk diri sendiri satu je… kalau you takut dia kuat, kalau you kuat, dia lemah…”.


Nota: Jalan siang pandang-pandang, tidur malam dengar-dengar.









Tenanglah...




Perjalanan... lalui dengan tenang dan hati yang lapang. Masa terus berjalan dan kitaran hidup terus beredar. Langit tak sentiasa cerah.. sesekali langit mendung dan hujan pun bercurahan. Sesekali kilat sambar menyambar dan guruh seakan memekik marah di langit tinggi. Usahlah bersedih dengan apa yang telah terlepas dari tangan. Usahlah jua digusarkan masa depan yang penuh dengan pelbagai kemugkinan. Ya, lalui semua itu dengan tenang dan dada yang lapang. Ah.. bukankah dalam kesusahan ada kemanisan... dalam kesulitan ada kelapangan dan dalam kepahitan ada ubat yang mujarab? Bukankah dunia ini medan ujian untuk menilai siapakah di kalangan kita yang terbaik amalannya? Dan, bukankah setiap kesukaran itu mematangkan... dan mengajar kita agar menjadi lebih bijaksana?


Anakanda...
Lalui setiap fasa kehidupan dengan penuh optimis... dengan melakukan yang terbaik bersuluhkankan ilmu, iman... dan petunjuk dari Ilahi tentunya. Ya.. lalui kehidupan dengan tenang dan hayati keindahannya kerana kehidupan ini milik Tuhan... dulu, kini dan selamanya :).


Monday, October 19

Tsunami Sosial: Anak Haram

KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.


Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.


Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.


Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.“Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.


Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.“Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.


Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.“Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.


Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya.


Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.“Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.


Nota:

1. Ambilan dari Harian Metro

2. Wala taqrabuz zina... pelihara dan selamatkan generasi muda kita dari 'bunga-bunga zina' yang akhirnya menjerumuskan mereka ke lembah zina dan kemurkaan Tuhan

3. Tsunami sosial memerlukan pendidikan berkesan dan undang-undang jenayah Islam berjalan serentak sebagai langkah pencegahan kerosakan sumber manusia dan komuniti.

4. Perteguhkan institusi keluarga dengan agama dan sifat lemah-lembut.

5. Paparkan gaya hidup cemerlang lagi terpuji ke dalam dunia hiburan dan perfileman tanah air.



Sunday, October 18

Syurga Anakanda



Ibu dan ayah...
dengarkan bicaranya, detak hatinya.
Di situ ada syurga ! :)

Wednesday, October 14

Tips Rukun Bersama Teman Serumah



Seorang remaja bertanya, bagaimana untuk hidup rukun bersama teman serumah?


Jawapan saya: "Pilihlah teman sebelum memilih rumah"

Kronologi Gempa Bumi dan Tsunami



30 September 2009
Satu gempa bumi 7.6 pada skala Richter menggegar Padang di pulau Sumatera, Indonesia. Seramai 704 mangsa mati dan sehingga 4,000 terperangkap di bawah runtuhan. Gegaran sekuat 7.0 pada skala Richter menggegar bahagian selatan Sumatera beberapa jam kemudian.


29 September 2009
Tsunami besar tercetus ekoran gempa 8.0 skala Richter di Samoa dan American Samoa, membunuh sekurang-kurangnya 177 orang di wilayah itu, sementara beratus-ratus yang lain dilaporkan hilang. Tsunami turut melanda Tonga.


2 September 2009
Gempa 7.0 skala Richter menggegar Tasikmalaya, pulau Jawa, mengorbankan 123 orang dan mencetuskan tanah runtuh.


6 April 2009
Hampir 300 maut di bandar L'Aquila, Itali apabila gempa 5.8 pada skala Richter melanda.


29 Oktober 2008
Barat daya Pakistan digegar gempa 6.4 skala Richter, menyebabkan sehingga 300 penduduk meninggal dunia dan berpuluh ribu yang lain hilang tempat tinggal.


12 Mei 2008
Gempa 8.0 skala Richter menggegar Sichuan, barat daya China. Lebih 87,000 maut atau hilang.


3 Februari 2008
Satu gempa dengan magnitud 6.1 pada skala Richter menggegar timur Congo dan barat Rwanda, membunuh 45 orang dan menyebabkan ribuan yang lain hilang tempat tinggal.


2 April 2007
Lebih 50 nyawa maut, sementara ribuan yang lain hilang tempat tinggal selepas gempa bermagnitud 8.0 skala Richter melanda Kepulauan Solomon dan menyebabkan tsunami.


6 Mac 2007
Gempa berukuran 6.3 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera, merobohkan bangunan dan mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang.


17 Julai 2006
Sekurang-kurangnya 596 maut, lebih 9,500 cedera dan 74,000 yang lain hilang tempat tinggal setelah gempa dasar laut sekuat 7.7 skala Richter melanda pulau Jawa dan mencetuskan tsunami.


27 Mei 2006
Wilayah Yogyakarya dilanda gempa 6.3 skala Richter, mengorbankan 6,000 mangsa dan menyebabkan 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal.


8 Oktober 2005
Satu gempa 7.6 pada skala Richter membunuh lebih 75,000 orang, kebanyakannya di bahagian sempadan di Pakistan Utara dan wilayah Kashmir. Seramai 3.5 juta hilang terpaksa dipindahkan.


28 Mac 2005
Sekurang-kurangnya 900 maut apabila gempa dengan magnitud 8.6 pada skala Richter menggegar pulau Nias, Sumatera.


26 Disember 2004
Gempa dasar laut sekuat 9.1 skala Richter dari pantai pulau Sumatera mencetuskan tsunami yang membunuh 220,000 mangsa di sekitar Lautan Hindi termasuk 168,000 nyawa di Acheh, Indonesia.


26 Disember 2003
Gempa kuat 6.7 pada skala Richter menggegar bandar Bam, Iraq, mengakibatkan sekurang-kurangnya 31,884 maut dan mencederakan 18,000 yang lain.


26 Januari 2001
Gujarat di barat India digegar gempa kuat, mengorbankan 25,000 orang dan 166,000 mangsa cedera. - AFP


Sumber: Utusan Malaysia


Nota: Bumi- sebuah planet kecil, tua lagi 'uzur' yang kian menjadi rebutan manusia.

Tuesday, October 13

Bisikan Syurga



Mengapa kita selalu mengatakan... " lindungi kami dari bisikan syaitan..." ?

Jawabnya.... kerana bisikan selalu saja lebih mengesankan berbanding kata-kata yang keras dan tajam. Maka, apakata kita gunakan strategi yang sama untuk membawa diri sendiri... dan manusia lainnya pada jalan kebaikan? Ya.. bisikkan kepada diri dan manusia lainnya dengan bahasa yang lembut lagi indah agar menuju syurga-Nya.

Ok ke? :)

Bencana Penarafan Universiti?



Oleh DZULKIFLI ABDUL RAZAK

TANGGAL 8 Oktober 2009, apabila keputusan penarafan THES-QS diumumkan, saya sedang berada di bandar Giessen, lebih kurang satu jam dari Frankfurt, untuk memenuhi undangan Persatuan Universiti-universiti Eropah (EUA) yang menjadi penaung utama semua universiti di benua tersebut.

Undangan ini sempena persidangan bertajuk "Pengantarabangsaan melewati sempadan Eropah" dan saya diminta memberi pandangan dari sudut luar Eropah sebagai seorang antara dua pengucaptama - seorang lagi adalah rakan Rektor, Berlin Free University, salah satu universiti tertua dan ternama di Jerman, malah Eropah.
i
Dewasa ini, e-mel bertalu-talu tiba mengesahkan "bencana" yang menimpa Malaysia. Jika Indonesia dengan gempa buminya, Filipina dengan banjir dan tanah runtuhnya, Samoa dengan tsunaminya dan Jepun banjirnya, bagi Malaysia pula menghadapai bencana gara-gara penarafan IPTAnya. Walaupun hanya beberapa buah IPTA sahaja yang terlibat, kesannya tidak kurang menggugat.

Media gamat dengan liputan berita tersebut. Anehnya hanya yang tersenarai sahaja yang dipertikaikan, sedangkan puluhan yang lain yang tidak langsung tersenarai (termasuk IPTS yang saban diiklan sebagai paling 'global' di akhbar-akhbar) nampaknya terselamat daripada bencana tersebut. Seolah-olah membayangkan lebih baik tidak tersenarai sama sekali daripada tersenarai.
Ini sahaja sudah cukup mengelirukan tentang apa cita rasa yang ingin diluahkan dalam hal ini? Kita belum lagi membincangkan tentang "cita rasa" penganjur THES-QS apabila beria-ia mendakwa penarafannya adalah tepat, bebas dan boleh dipercayai tanpa sebarang ragu-ragu lagi! Walaupun ada bukti sebaliknya! Apa pun kita mengangguk saja.
Sebagai perbandingan suasana di Giessen sewaktu persidangan tersebut cukup aman, biar ratusan rektor universiti Eropah dan benua lain, bersama dengan pegawai tertinggi universiti serta pelajar bersesak-sesak di dewan seminar Justus Liebig Universitat Giessen - sebuah IPTA berusia lebih 400 tahun.
Bandar Giessen merupakan bandar universiti dengan hampir 40 peratus penduduknya terdiri daripada warga universiti tersebut. Universitinya moden disulami tradisi ilmiah dan kesarjanaan yang kental.

Universiti itu juga tidak kurang mempunyai pusat kecemerlangan tersendiri di bawah Inisiatif Kecemerlangan Jerman yang dicontohi Malaysia di bawah Inisiatif APEX. Jelas, Justus Liebig Universitat cukup yakin dengan pencapaian dan jati dirinya.
Penarafan, lebih-lebih lagi oleh sebuah organisasi bertujuan komersial, tidak langsung dihiraukan. Mereka tidak juga apologetic - malah kalaupun ada pengajaran daripada aktiviti penarafan, ia dianggap tidak sesuai untuk dijadikan pengukur institusi pendidikan.

Sebaliknya sesebuah universiti itu mempunyai keperibadiannya tersendiri; wawasan serta keunikannya - selaras dengan kefahaman "pendidikan" (bukan sahaja pelajaran atau kajian) yang memegang amanah ilmu dan kesarjanaan.

Kepelbagaian adalah kekayaannya, dan lagi unik adunan kepelbagaian tersebut - lagi terbina keperibadian universiti berkenaan. Ia bukan kilang yang mengeluarkan barangan tidak bernyawa yang seragam dan diseragamkan supaya mudah dibanding-bandingkan untuk tujuan tertentu.

Ia bukannya seperti peraduan ratu cantik yang menaraf pemenangnya berpandukan formula utama 36-24-36 sebagai yang "ideal" dan semuanya dinilai mengikut sukatan ini; kemudian diberi penarafan 1, 2, 3 dan sebagainya. Wajarkah dua insan dibandingkan berdasarkan aspek luarannya sahaja dan bukan sifat keinsanannya?

Begitu juga hal dengan institusi bergelar "universiti" - lebih-lebih ukuran yang dikenakan lebih mirip kepada bahan perkilangan atau untuk peraduan ratu cantik, atau sebaliknya! Pokoknya asas dan pandangan dunia dan amanah sebuah universiti tulen tidak sama dengan pandangan dunia dan amanah sebuah organisasi bukan pendidikan. Namun inilah yang sering kali dicampuradukkan sehingga memusnahkan sama sekali maksud sesebuah universiti di mata ramai di samping mengusutkan lagi keadaan.

Yang turut mengkagumkan adalah rektor-rektor universiti Eropah yang menghadiri persidangan itu amat jelas tentang tanggungjawab mereka dalam membangunkan sebuah universiti. Autonomi berulang-ulang kali disebut untuk menyatakan kelainan sebuah universiti dengan organisasi lain, terutama yang berbentuk komersial, dan wujud untuk mengaut keuntungan.
Autonomi bagi mereka adalah benteng utama yang perlu dipertahankan dalam mengasuh dan mengangkat maruah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi. Disini mereka tidak berkompromi sama sekali dan enggan dijadi seolah-olah kerbau dicucuk hidung, diarak-arak atau diarah-arah ke hulu dan ke hilir seadanya saja.
Saya mengandaikan yang persidangan tersebut akan gegak gempita membahaskan soal penarafan apabila dilihat dari perspektif pengantarabangsaan. Saya mengagakkan keputusan THES-QS dijadikan tanda aras mutlak, dan turut menimbulkan "bencana" di Giessen seperti mana di tanah air.

Ternyata saya tersilap sama sekali. Selama dua hari berikutnya isu penarafan tidak sekalipun disebutkan baik oleh para penceramah mahupun peserta. Apabila cuba dicukil pendapat mereka, rata-rata maklum balasnya cukup dingin - kalau dalam bahasa Inggerisnya berbunyi "what about it?" (apa halnya?).


Dan bila dikatakan keputusan THES-QS sudah diumum, kelihatan mereka amat sinis dan jelek sekali, bagaikan menegur: "Siapa mereka ini untuk menjadikan universiti kami bak kerbau cucuk hidung?"

Umum tidak kisah langsung tentang isu tersebut kerana angka-angka penarafan bagi mereka tidak membawa erti apa-apa, kalaupun konsep penarafan boleh diterima. Malah seorang ada bertanya: "Bolehkah saya menaraf lima orang anak saya secara adil dan saksama? Apa lagi berbanding dengan anak orang lain?"


Natijahnya, dalam penarafan kita mesti ikut telunjuk orang lain yang mengadun segala-galanya. Umpama ratu cantik, kita juga perlu memperagakan diri, baik berbikini sekalipun, berlenggang lengguk, tersenyum tersipu-sipu untuk menawan pengadil dengan harapan untuk menjadi ratu!

Jika tidak agak sukar membayangkan apa-apa kejayaan. Apatah lagi turut diperhatikan dalam peraduan seumpama ini calon tuan rumah sering kali akan "menang" sesuatu kalaupun tidak hadiah pertama. Hal ini juga beransur lumrah dalam aktiviti penarafan di mana unsur-unsur penajaan dan sogokan (bagi sesetengah pihak dikatakan "rasuah") sudah mula menular.

Maka pernah universiti disyor mengiklankan nama dan logonya di laman web penaja dengan bayaran sekian banyak supaya lebih "mesra pelanggan" dan "mudah diperkenalkan" dan melonjakkan kedudukan. Malangnya tidak kurang juga yang terjebak dengan "tawaran" tersebut, umpama si ratu cantik meniduri pengadil, dengan harapan agar menang jua. Tidak kiralah jika maruah turut tergadai.
Banyak lagi yang boleh dipersoalkan berkaitan aspek etika dan keutuhan (sama ada cara langsung atau tidak), sekali gus membuka tembelang usaha penarafan khususnya yang berbentuk komersial. Cukup banyak telah ditulis tentang hal ini supaya jangan terperangkap sebagai Pak Turut saja!
Maka di Giessen saya menghela nafas lega! Lebih daripada itu, saya bertambah yakin yang universiti sememang ada maruah dan nilai sendiri dalam kelangsungan menunaikan tanggungjawab serta amanah tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa pun, apa lagi yang berkepentingan cukup sempit dan anti cendekiawan! Ataupun mencari sanjungan pintas.


Saya juga belajar yang maruah ini ada kaitannya dengan nilai keluhuran dan kejujuran berilmu dan bersarjana, sesuatu yang tak dapat ditolak ansur dalam apa hal sekalipun; jangan sebutlah memperjudikan etika!

Akhir sekali saya sedar kita tidak perlu apologetic sekiranya jati diri ingin diperkasa. Rupa-rupanya universiti yang istimewa itu adalah universiti yang mengerti semua ini dan terus mempertahankan prinsip keilmuan biar "bencana" apa sekali yang mendatang. Bak kata orang tua-tua: Membujur lalu, melintang patah! Pantang maut, sebelum ajal.

PROF. TAN SRI DZULKIFLI ABDUL RAZAK ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia
Ambilan dari Utusan Malaysia

Nota: Penilaian perlu mengambil kira pelbagai sudut pandangan.





Monday, October 12

Buat Pandai :)



Terkadang ada teman yang apabila ditanya:


"Buat apa tu?"


Jawab mereka... "Buat bodo..."


Dan, selalunya saya akan tanyakan kembali:


"Kenapa tak buat pandai?"  :)





Nota: Kata-kata adalah doa.





Sunday, October 11

Buah Bahasa


Sastera ialah kelahiran buah fikiran dan perasaan melalui rasa, kalau tak pandai bahasa, kita tak boleh hasilkan bahan sastera yang baik.

~Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim~


Saturday, October 10

Animisme, Santau & Saka



Dalam sedar, amalan animisme kembali bertapak dalam masyarakat moden. Hari ini, sebilangan kita lebih takutkan hantu berbanding tuhan. Lebih malang, sebilangannya pula bergantung kepada jin dan syaitan untuk mencapai cita-cita politik, memuaskan hawa nafsu, menjadi kaya, menjatuhkan orang lain, kekal cantik dan sihat, kebal, masyhur dan disegani. Yang pasti, tiada siapa dapat menongkat langit apatahlagi untuk mencabar takdir dan kekuasaan-Nya.

Santau


Berhati-hati dalam pengambilan makanan. Selain ancaman kolesterol jahat, bahan kimia beracun dan lemak haiwan yang tidak halal, makanan juga mungkin mengandungi santau yang memudaratkan. Seorang pengamal perubatan mencadangkan agar kita memperbanyakkan membaca dan menghayati taawuz, surah muawidzatain, ayatul kursi dan surah al-mukminun ayat 17 dan 18 sebagai sebahagian ikhtiar untuk menghindarinya.


Saka


Sebilangan kita juga bukan hanya mewariskan harta pusaka malah juga saka. Buanglah segera sebelum ianya memudaratkan diri dan orang lain. Sebaiknya kita mencontohi Nabi Ibrahim yang meninggalkan nama, contoh tauladan dan doa yang baik untuk zuriat keturunannya.


Pendinding Diri


Sudah lumrah kehidupan, semakin tinggi pencapaian, semakin ramai yang dengki dan iri hati dan semakin banyak ujian yang merintangi. Dindingkan diri dari kejahatan jin dan manusia dengan ilmu yang tinggi dan ketaqwaan yang tidak berbelah bagi. Usah terleka kerana setiap saat kita sentiasa diuji dan diperhati.


Nota: Bagaimana memastikan cerita hantu nusantara di media massa tidak melahirkan bangsa yang penakut?



Friday, October 9

Cergas di Usia Tua


Seorang teman berkongsi cerita tentang ibunya yang kekal cergas di usia 67 tahun. Malah, staminanya mengalahkan anak-anak dan cucu-cucunya yang masih muda belia.


Apa rahsianya?


Beliau melazimkan solat malam bermula sekitar jam 4 pagi dan meneruskan rutin hariannya yang aktif sesudah itu. Selepas kematian suaminya, masanya dipenuhi dengan aktiviti keagamaan dan ilmiah, pengurusan perniagaan dan gerak kerja kebajikan. Wajahnya sering muncul di kaca televisyen namun tak perlulah saya tuliskan di sini. Biarlah anakanda kesayangannya itu menulis biografi tentang ibunya sebagai panduan berguna kepada generasi mendatang.


Nota: Terkenang kehebatan Al-fateh dan tenteranya ketika menawan Konstantinople.


Tuesday, October 6

Jenayah Akademik



Berikut antara senarai kesalahan akademik yang boleh menjejaskan integriti pelajar dan kualiti pendidikan:






  1. meniru

  2. menghantar hasil kerja orang lain atas nama sendiri

  3. menghantar kertas kerja yang sama untuk subjek yang berbeza tanpa izin daripada pengajar terlebih dahulu

  4. memplagiat

  5. memalsukan data kajian

  6. membenarkan fakta yang salah

  7. memberi rujukan yang salah

Mengapa ia berlaku dan bagaimana untuk menanganinya?


Nota:


1. Oleh Adlina Arifin, EDC 7720

2. Perlu ditangani segera untuk memelihara mutu kesarjanaan/kepakaran bakal graduan.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan plagiat?


Monday, October 5

Hati Perempuan



Sambungan kipas komputer riba berputar laju dengan cahaya biru. Mesej dari Mahsuri, isteri Ustaz Malinja bertubi datang. Marah dan sedih barangkali. Ceri membiarkan sahaja. Sabar menanti hati perempuan itu rasional semula.


"Kalau awak nak suami saya, ambillah... tapi pesan pada dia, lepaskan saya cara baik". Aik! Lain macam saja bunyinya. Ceri tersenyum kecil membaca rangkap terakhir sambil meneguk jus jambu batu di dalam gelas kristal perlahan-lahan. Terasa mahu saja jari nakalnya menaip - ok. Namun tak sampai di hati untuk memprovokasi.



"Usahlah dirisaukan. Puan lebih hebat dari saya untuk dicemburui. Kehidupan dunia ini terlalu singkat dan saya tak punya masa untuk itu... kerna saya sedang berlari, menyempurna segala misi sebelum ajal bertandang". Ceri menyusun kata. Menaip pantas dan menghantarnya segera ke ruang digital. Dia segera menyedari, tanpa iman, hati yang patah sering saja mengundang dendam dan kebencian.


Bacaan surah al-Fath yang merdu berkumandang dari masjid universiti. Mahsuri barangkali sudah tenang. Tiada lagi mesej penuh emosi menjengah PDA putih. Ceri tersenyum bahagia, mendoakan kesejahteraan mahligai Mahsuri dan Ustaz Malinja dari segala marabahaya. Di matanya, mereka model keluarga yang sempurna dan dia mahu mereka kekal begitu selamanya.



"Kenapa perempuan suka suami orang? Kesianlah pada kami yang masih bujang...". Entah kenapa, pesan Delima dalam nada mengusik tiba-tiba menjelma diingatan. Ceri tertawa sendirian sambil menyemak tarikh luput pasport antarabangsa berkulit merahnya. Malas sekali melayan gosip liar yang bertebaran. Disember ini dia mahu terbang ke Melbourne, Febuari ke Hong Kong, Mac ke Vienna manakala April ini ke Turki dan London untuk menghadiri persidangan. Kesemua artikel akademik yang tertunda dan sebuah cerpen di atas meja bercat hijau lembutnya segera disiapkan. Ya, dia tak punya masa untuk memeningkan kepalanya dengan soal hati dan perasaan yang terkadang merimaskan. Namun, dia juga perempuan. Dan hanya perempuan yang bijaksana dapat memahami hati perempuan... lalu mengemudinya dengan berhikmah pada jalan taqwa dan kemuliaan.


Sunday, October 4

Musafir Bahagia




Si musafir itu bahagia

tak pernah sekali kudengar rungutannya

apatah lagi bebelan berjela

kerna ia telah lama redha

pada Allah dan Rasul-Nya

berpada apa adanya

jua arif

hala tuju kembaranya.


Village deaths to lift Indonesian quake death toll


By IRWAN FIRDAUS and ERIC TALMADGE, Associated Press Writers Irwan Firdaus And Eric Talmadge, Associated Press Writers – Sat Oct 3, 2:44 pm ET


PADANG, Indonesia – The death toll from Indonesia's massive earthquake will likely double as officials on Saturday reached rural communities wiped out by landslides that buried more than 600 people under mountains of mud, most of them guests at a wedding celebration.


Virtually nothing remained of four villages that had dotted the hillside of the Padang Pariman district in Indonesia's West Sumatra just three days ago, said officials and an Associated Press photographer who flew over the devastated area.


Hundreds of doctors, nurses, search and rescue experts and cleanup crews arrived at the regional airport from around the globe with tons of food, tents, medicine, clean water, generators and a field hospital.


But with no electricity, fuel shortages and telecommunication outages the massive operation was chaotic.


Roughly 400 people were at a communal wedding in Pulau Aiya village when Wednesday's 7.6 magnitude quake unleashed a torrent of mud, rock and felled palm trees, said Rustam Pakaya, the head of Indonesia's Health Ministry crisis center.


"They were sucked 30 meters (100 feet) deep into the earth," he said. "Even the mosque's minaret, taller than 20 meters (65 feet), disappeared."


Twenty-six bodies were pulled from the rubble-strewn brown earth in nearby Lubuk Lawe and Jumena, but 618 bodies remained far beyond the reach of residents who worked without outside help because roads had been severed, he said.


The number of fatalities in the disaster will jump to more than 1,300 if all those people are confirmed dead. The government's death toll on Saturday held steady at 715, most reported in the region's badly hit capital of 900,000, Padang, where aid efforts are concentrated.


As many as 3,000 people had been declared missing before news about the obliterated villages emerged, while 2,400 were hospitalized and tens of thousands of people are believed to have been displaced.


More than 1.1 million residents live in the 10 quake-hit districts, the United Nations estimated in a situation assessment, while the government said more than 30,000 homes, schools, mosques, hospitals and government offices had been flattened or severely damaged — 17 percent of all local infrastructure.


An AP photographer who flew over Padang Pariaman district in a helicopter saw several landslides in the area.


At Limo Koto Timur village, a giant section of a hillside was swept away and the remains of destroyed houses protruded from the mud. The ruins of other tin-roofed homes hung precariously over the edge of a huge crevice that was torn through rice fields and forest. Roads were gone and palm trees had been uprooted and swept downhill, leaving patches of brown earth where villages once stood.


El-Mostafa Benlamlih, the U.N.'s humanitarian coordinator for Indonesia, told the AP that 200 houses were swept away in Pulau Aiya. Aid efforts are "still concentrated in Padang area," with outlying areas still short of aid, Benlamlih said, adding that aid agencies would focus on restoring water, electricity, sanitation and preventing disease.


Deliveries came on C-130 cargo planes from the United States, Russia and Australia. Japanese, Swiss, South Korean and Malaysian search and rescue teams scoured the debris. Tens of millions of dollars in donations came from more than a dozen countries to supplement $400 million the Indonesian government said it would spend over the next two months.


On Friday, survivors buried under a collapsed hotel in Padang sent a cell-phone text message to a relative saying he and some others were alive. But, disappointed rescue workers were unable to locate anyone at the Ambacang hotel where as many as 200 people were staying.


After several hours of digging through blocks of concrete, steel and bricks, rescue workers gave up. Padang police chief Col. Boy Rafli Amar told reporters, "So far rescuers have found nothing."
Hidehiro Murase, head of a Japanese search dog team, said its search had been fruitless.


"We did an extensive search this morning, but there were no signs of life. Our dogs are trained to smell for living people, not the dead, and they didn't sense anything," he told the AP.


The U.N. said there are sufficient fuel stocks in the area for four days, but with the road to a major depot cut off by landslides gasoline prices had jumped six-fold.


Areas with "huge levels of damage to infrastructure were in need of basic food and tents for temporary shelter," it said.


Wednesday's quake originated on the same fault line that spawned the 2004 Asian tsunami that killed 230,000 people in a dozen nations.
___
Associated Press photographer Dita Alangkara in Padang and writers Ali Kotarumalos, Anthony Deutsch, Niniek Karmini and Vijay Joshi in Jakarta contributed to this report.


Nota:


1. Dipetik dari Yahoo News

2. Sebahagian dari fenomena akhir zaman, ingatan bagi yang lupa

3. Al-fatihah



Saturday, October 3

Tanyakan pada diri...


Sesekali, kutanyakan pada diri... bersediakah untuk mati?



Sungguh... bukan sedikit yang mendapati, pada saat kedua... dirinya 'rigor mortis'... terbujur dipembaringan... menanti saat dikafankan. Lalu, apalah dayanya saat itu.. meski merayu meronta-ronta... kembali ke alam dunia - bertaubat sesungguh hati... punya akhlak seindah nabi, jauh dari menyakiti meski disakiti... mengabdi diri pada Rabbi dan menabur seluruh bakti pada sisa waktu yang berlari... menyempurna segala misi jua janji.


Dan acapkali... kutanyakan pada diri...

umurku... ke mana kuhabisi?



Friday, October 2

Taman Dakwah




"Adik-adik yang terlibat dalam jemaah Islam tidak harus dibiarkan bertelagah kerana perbezaan pendekatan dan metodologi dalam mengembangkan Islam. Dan lebih tidak wajar menggunakan landasan hadis bahawa di akhir zaman akan terdapat 73 kumpulan manusia yang memperjuangkan Islam. Yang Allah terima hanya satu sahaja.


Aku lebih suka menggambarkan organisasi dakwah itu sebagai sebuah taman bunga yang penuh dengan pohon-pohon dan bunga beraneka warna. Ada bunga yang harum dan ada bunga yang indah warnanya. Keindahan bunga dan warna memberikan keceriaan pada sekitarnya. Jika ada bunga ros yang wangi dan berduri, janganlah duri itu sampai mengganggu bunga-bunga yang lain. Duri-duri itu harus digunakan untuk melindungi taman tersebut dari unsur-unsur luar.


Sekiranya analogi ini diikuti, jemaah Islam tidak akan cuba membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan siapa yang tidak. Hakikatnya, jemaah Islam dikendalikan oleh manusia. ALLAH tidak memberikan manusia dengan semua potensi yang terbaik. Malah, sifat manusia mestilah memiliki kesalingan tinggi untuk melengkapi dan mengungguli supaya taman dakwah kelihatan indah dan sentiasa menjadi rujukan umat manusia"


~Prof. Dr. Sidek Baba~



Nota:


1. Rujukan: Sidek Baba, 2007. Seteguh Tekad. Shah Alam: Alaf 21


2. Yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.

Indonesian quake toll at 1,100, thousands missing


By IRWAN FIRDAUS, Associated Press Writer Irwan Firdaus, Associated Press Writer – 18 mins ago


PADANG, Indonesia – As rescue workers searched for survivors in the wreckage of a four-story school Thursday, Mira Utami's mother clawed away, too — looking for the shoes missing from her daughter's body. Mira was taking a high school English final when the quake hit, flattening the school in seconds and killing her a week before her 16th birthday.


"We had planned to celebrate ... but she's gone," said her mother, Malina, weeping amid the wreckage where the barefoot body was found.


John Holmes, the U.N.'s humanitarian chief, set the death toll at 1,100, and the number was expected to grow. Government figures put the number of dead at 777, with at least 440 people seriously injured.


Wednesday's 7.6-magnitude earthquake started at sea and quickly rippled through Sumatra, the westernmost island in the Indonesian archipelago.


An eerie quiet settled over Padang late Thursday as workers called off search efforts for the night. Thousands are thought trapped under shattered buildings in the city of 900,000, raising fears of a significantly higher death toll when the debris is cleared.


"Let's not underestimate. Let's be prepared for the worst," President Susilo Bambang Yudhoyono said in the capital, Jakarta, before flying to Padang, a coastal city and West Sumatra province's capital.


President Barack Obama, who spent part of his childhood in Indonesia, pledged to support earthquake recovery efforts there as well as providing assistance in the South Pacific countries of Samoa and American Samoa, which were hit by a deadly tsunami Tuesday.


Most of the confirmed deaths in Indonesia were reported in Padang where more than 500 buildings were severely damaged or flattened.


Where a mall once stood was a heap of concrete slabs layered like pancakes with iron rods jutting out. Police and army rescue teams used bulldozers, backhoes and electric drills to clear the wreckage in intermittent rain, or climbed the hills of rubble to dislodge pieces of concrete with bare hands.


Relatives of the missing gathered outside ruined buildings, hoping to hear good news. But mostly, the rescuers found bodies.


Occasionally, they saved lives.


A Singaporean, John Lee, was pulled alive from the Maryani hotel after surviving under the rubble for 25 hours. Rescue workers, responding to his cries for help, dug for 12 hours to free him. Lee suffered only a broken leg.


One of the hospitals in the town had collapsed completely while the state-run Djamil Hospital was partly damaged — its walls cracked and windows broken. Staff at the hospital treated the injured in tents set up in the open. In another area, rows of yellow body bags were laid out in rows.


Mira, a sophomore, was taking an end-of-term English exam along with dozens of classmates at the Indonesia-America Institute when the ground shook so severely that the tremors were felt in neighboring Malaysia and Singapore.


Her father Zul rushed to the school, but it was already a heap of concrete when he got there. Still, he pulled at the slabs and managed to save two other children and an adult, his wife said.
She said rescuers found their daughter's body much later, but her feet were bare.


"We are in a shock," sobbed Malina, wearing her daughter's brown veil and seeking other items to keep her connected to the girl. "We had planned to celebrate Utami's 16th birthday on Oct. 7. Now I don't know what we will do."


Zul was more philosophical. "I regret I couldn't save her," he said, "but I have to accept that as her destiny."


The school building's construction was typical of the region, which is located in one of the poorest countries in the world. Most buildings are not made to withstand earthquakes, and even the tough ones were badly damaged in an earthquake in 2007.


There is virtually no enforcement of building regulations in Indonesia, a nation of 235 million people prone to natural and man-made disasters.


Indonesia sits on a major geological fault zone and experiences dozens of quakes every year. A 6.8 magnitude quake shook Sumatra on Thursday but there were no reports of deaths. Both quakes originated on the fault line that spawned the 2004 Asian tsunami that killed 230,000 people in a dozen nations.


Wednesday's quake was the deadliest since May 2006, when more than 3,000 people died in the city of Yugyakarta.


SurfAid, a New Zealand-based medical aid group, said its program director, David Lange, narrowly escaped death when he fled the Ambacang Hotel in Padang just minutes before it collapsed. At least 80 people were missing in the five-story hotel, paramedics said.


"People are trapped and screaming for help but they are below huge slabs which will take heavy equipment to move," Lange was quoted as saying in a statement by SurfAid.


"I saw dozens of the biggest buildings collapsed in town. Most of the damage is concentrated in the commercial center market, which was fully packed," he said.


Finance minister Sri Mulyani said the government has allocated $25 million for a two-month emergency response. She said the earthquake will seriously affect Indonesia's economic growth, because West Sumatra is a main producer of crude palm oil.


"This region has been damaged seriously, including its infrastructure," Mulyani said.


___
Associated Press writers Ali Kotarumalos and Niniek Karmini in Jakarta contributed to this report.


Nota:


1. Source - Yahoo News, Associate Press


2. Sejauh mana kesediaan fizikal dan mental kita untuk menghadapi bencana alam?

Thursday, October 1

Teori Evolusi Darwin

Percaya atau tidak, Charles Darwin dikatakan tidak pernah mendakwa bahawa manusia berasal dari beruk?

Justeru, siapa yang mengatakannya???

Antara Puji dan Keji



"Orang kita cepat sangat mengutuk... kedekut dengan pujian". Itu antara isu yang ditimbulkan oleh Pn Mahmudah Sulam dalam pembentangannya di kelas kelmarin. Ya, mungkin ada benarnya.


Berapa ramai antara kita yang mengucapkan terima kasih kepada ibu kita setiap kali kita menikmati hidangannya yang suci, lazat dan berkhasiat?


Berapa ramai di antara kita yang mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas dan teksi yang telah memandu dengan berhemah ke lokasi yang di tuju?


Berapa ramai di antara kita yang pernah menghadiahkan cenderahati kepada doktor dan petugas-petugas kesihatan yang telah merawat kita dengan baik?


Berapa ramai di antara kita yang mengisi borang kepuasan pelanggan untuk menghargai kakitangan tertentu yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam sesebuah organisasi?


Berapa ramai pula yang menghargai kebaikan anak-anak kecil serta memberi pujian yang mampu merangsang pertumbuhan sosio-psikologi mereka?


Berapa ramai antara kita yang menghargai dan memuji sumbangan dan pencapaian pasangan, ahli keluarga, rakan-rakan, kakitangan dan anggota masyarakat sebagai motivasi untuk membakar semangat mereka agar terus cemerlang dan menjadi sebaik-baik manusia?


Mahal sangatkah ucapan terima kasih, pujian dan penghargaan yang membina atau sekurang-kurangnya- sebuah senyuman yang tulus?


Bukankah pujian yang benar dan penghargaan yang munasabah (bukan ada udang di sebalik batu) adalah sebahagian daripada amar maaruf yang perlu disuburkan dalam masyarakat?


Bukankah kutukan yang tidak berasas dan teguran yang dilakukan secara tidak berhemah akan melahirkan bangsa yang lemah, pendendam, pemarah dan penuh hasad dengki?


Bukankah pujian itu tanda kesyukuran kita kepada Allah yang telah mengizinkan manusia melakukan kebaikan?


Dan, yang lebih penting lagi, berapa ramai di antara kita yang sentiasa berterima kasih kepada Allah atas rahmat dan kurniaan-Nya yang melimpah ruah? Dan, adakah 'kekedekutan' ini manifestasi dari pergolakan jiwa kita dalam hubungan menegak dengan Allah?