Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Monday, March 30

Bunuh Diri




Sesiapa yang terjun dari sebuah gunung hingga membunuh dirinya, maka dia berada di dalam neraka jahanam, yang juga terjun di dalamnya, kekal dan dikekalkan selama-lamanya.

Sesiapa yang menelan racun hingga membunuh dirinya, maka racunnya itu di tangannya dan dia menelannya di neraka jahanam, kekal dan dikekalkan selama-lamanya.

Sesiapa membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka sepotong besi itu ada ditangannya seraya memukul dirinya dengan besi itu di dalam neraka jahanam, kekal dan dikekalkan selama-lamanya.



~Hadis riwayat Bukhari & Muslim~

Sunday, March 29

Ringkaskanlah


Apabila engkau bercakap, maka ringkaskanlah ia dan apabila engkau telah memperolehi hajat keperluanmu, maka janganlah engkau bercakap lagi.


~Lukmanul Hakim~




Saturday, March 28

Dhuha







Ya Allah...




Sesungguhnya waktu dhuha ini waktu dhuha-Mu


Kecantikan itu adalah kecantikan-Mu


Keindahan itu adalah keindahan-Mu



Kekuatan itu adalah kekuatan-Mu


Kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu


dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu







Ya Allah...




Seandainya rezekiku ada di langit, maka turunkanlah



Seandainya ada di perut bumi, maka keluarkanlah













Seandainya ia haram, maka sucikanlah





Seandainya ia jauh,maka dekatkanlah





Seandainya ia dekat,maka permudahkanlah







Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu


limpahkanlah kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-Mu yang soleh



* Nota: terjemahan doa selepas menunaikan solat sunat dhuha





Friday, March 27

Sebuah Pengabdian


Duhai Rabbi...


kami datang... dan kami sujud
kami dengar... dan kami patuh




Thursday, March 26

Matematik







"Kenapa apabila membahagi nilai pecahan kita perlu terbalikkan nilai pecahan yang kedua dan kemudiannya didarabkan?"




Berikut merupakah satu daripada persoalan Cikgu Kumaravalu ketika membentangkan dapatan kajian kualitatifnya berhubung pembelajaran matematik di sekolah.




Pendekatan pembelajaran matematik perlu diperhalusi kembali. Antaranya, pembelajaran matematik tidak sewajarnya terhad dalam menyelesaikan masalah menggunakan formula matematik yang diwarisi sebaliknya menjadikan pelajar memahami konsep di sebalik formula tersebut. Ini penting agar pelajar memahami konsep matematik dengan baik, berupaya menyelesaikan masalah aplikasi matematik dengan mudah serta melihat matematik sebagai subjek yang menyeronokkan. Guru juga sewajarnya menggalakkan pelajar meneroka formula baru yang lebih mudah seperti formula mendarabkan angka yang besar menggunakan sistem garisan oleh Adiputra. Pastinya Adiputra tidak dapat mencipta formula tersebut tanpa memahami konsep matematik terlebih dahulu.




Apapun... sebelum itu, terdapat satu lagi persoalan yang belum terjawab - adakah guru-guru matematik sendiri memahami konsep di sebalik setiap formula yang diajarnya saban hari?








Tuesday, March 24

Salah


Seseorang yang melakukan satu kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi

~Confucius~

Makna?



"Kehidupan yang bermakna"


Ayat di atas adalah salah satu jawapan stereotype terhadap persoalan - "apa yang anda mahukan dalam hidup?".
o
Apakah sebenarnya kehidupan yang bermakna itu? Adakah kehidupan yang dilalui hari ini penuh makna? Bagaimana memberi makna dalam kehidupan? Bagaimana mengukurnya? Apa natijahnya?


Seorang teman, Cikgu Hana (bukan nama sebenar) memberitahu saya Asar tadi:


"Kehidupan saya sederhana tapi penuh bermakna. Jangan sekali-kali kata tak cukup. Bersyukur dengan apa yang kita miliki, dengan apa yang Allah berikan. Jangan sekali-kali berkeluh-kesah. Tanggungjawab memang banyak, jadual memang sentiasa penuh dengan pelbagai agenda, namun yang penting kita ada kehidupan yang bermakna".


Kehidupan yang bermakna adalah kehidupan yang terpandu dengan ilmu yang benar serta penuh dengan kebaikan. Ilmu menurut perspektif Syed Naquib al-Attas adalah "the arrival of the meaning to the soul" (saya terjemahkan sebagai kehadiran makna dalam jiwa seseorang). Justeru, seseorang itu hanya dikatakan berilmu apabila jiwanya penuh dengan makna. Lebih banyak makna yang berhimpun di dalam jiwanya, lebih mudah manusia memahami tujuan hidupnya, memahami apa yang terbaik untuk dirinya, mengetahui natijah atas apa jua yang dilakukannya, menghargai segala yang dimilikinya, menjadi insan yang berguna, memanfaatkan sumber dan kekuatannya, membangunkan diri, keluarga dan masyarakatnya, berhikmah dalam setiap tindakannya jua sentiasa tenang, redha dan berbahagia dalam menjalani kehidupannya.
O
Hanya orang yang berilmu dan memanfaatkan ilmunya berupaya menjalani kehidupan yang bermakna. Dengan ilmu, manusia berupaya memahami pelbagai makna dan menterjemahkannya. Dengan memahami makna, manusia menjadi bijaksana dalam mendepani kehidupannya. Dengan kebijaksanaan, manusia menjana kebaikan sebanyak-banyaknya sebagai kenang-kenangan untuk generasi yang bakal ditinggalkan, jua bekalan kembara nan jauh sesudah ajal 'bertandang' - tidak lama lagi.

Monday, March 23

Janganlah Berputus Asa



"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"

~terjemahan Surah Yusuf: 87~


Sunday, March 22

Mengapa Yahudi Bijak ? II


Nota: Pemakanan kaum Yahudi mempunyai perkaitan dengan garis-panduan pemakanan yang ketat yang dipanggil sebagai makanan Kosher. Sesetengah pemakanan kaum Yahudi lebih ketat berbanding umat Islam seperti larangan mengambil makanan yang bercengkerang. Pendekatan pemakanan Islam adalah mudah iaitu - halal dan baik. Sesetengah individu berpedapat, apabila berada di luar negara, jika sukar memperoleh makanan halal, makanan Kosher adalah alternatif yang dibolehkan. Bagaimanapun, sila rujuk kepada mereka yang lebih arif berkenaan hal ini.

Berikut adalah sambungan kandungan emel Mengapa Yahudi Bijak .




Tadika (Pra-Sekolah)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal. Makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam,diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami tiga bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin. Ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.


Sekolah Rendah


Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat menstimulasikan otak (seperti senaman untuk otak). Maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan di ajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untukperhidmatan negara.


Sekolah Menengah


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekankan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetapi jika diteliti dengan serius ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Idea itu akan dibawa ke institut pengajian tinggi di Politeknik dan Universiti.


Universiti/Pengajian Tinggi

Satu lagi yangg diberi keutamaan ialah fakultiperniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan serius tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidangniaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 70% perniagaan di dunia!


Siapakah ygmencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta diUniversiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.


Ibadah


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala. Banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikanotak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai?Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Dewan Perniagaan Yahudi


Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes(sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle,Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaanYahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulan


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan,makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yangmemerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yang moron dan sudah tentu genetik bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa hargasekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel. Maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi tidak bijak Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$.70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi?Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok?


Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler,bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukanperubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi. Pada umur 9 tahun (cucu saya) dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai- Mengapa saya gemarkan tomato!


Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


-Dr. Stephen Carr Leon

Saturday, March 21

Mengapa Yahudi Bijak ?


"Terdapat empat bangsa yang bijak di dunia bermula dengan huruf J. Yang pertama - Jews (Yahudi). Yang ke-2 , Jepun. Yang ke-3, Jerman dan yang ke-4, ... Jawa! ".

Gurauan guru saya itu membuatkan seisi kelas tertawa. Lucunya, ramai teman-teman sekuliah yang percaya bulat-bulat akan kata-kata tersebut. Anda pula bagaimana? :) Apapun... bagi saya, setiap bangsa berupaya menjadi bangsa yang hebat apabila mengamalkan budaya hidup cemerlang kerana setiap kita adalah manusia - sebaik-baik kejadian Allah di muka bumi ini.

Berbalik kepada tajuk di atas, kaum Yahudi sememangnya bangsa yang hebat. Jika tidak masakan namanya disebut berkali-kali di dalam al-Quran. Bangsa Yahudi sejak zaman berzaman melahirkan insan-insan yang hebat sama ada dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi. Bagaimanapun, penyelewengan sebahagian mereka menyebabkan bangsa Yahudi terus-terusan dimusuhi oleh sebilangan bangsa di dunia.

Berikut disertakan email kiriman Sis Radwah Abu Bakar berhubung isu ini. Sejak mengikuti pengajian di Institut Pendidikan, isu-isu berhubung pendidikan serta pembangunan keluarga dan masyarakat menjadi fokus utama kami. Terima kasih Sis Radwah kerana berkali-kali cuba memastikan saya menerima email ini Pastinya ada sesuatu yag menarik untuk dikaji dan diperhalusi bersama berasaskan semangat litaarafu (kekenalan).



Dari: Muhammad Ramdan Yusof CS 1429





Berasaskan kisah benar.. Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat sayaperhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu- Mengapa Yahudi Bijak?


Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang- kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah dalam bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.




Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka?Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri?Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?


Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun. Ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.


Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Persiapan Melahirkan Zuriat


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya. Oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Sayabertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab- ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedangmelatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak.




Pemakanan

Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


Menu


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikanialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumahYahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, denganmemakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Rokok

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda di undang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintisdi Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genetik dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokokter besar adalah .... tekalah sendiri..!)


-Dr. Stephen Carr Leon


Bersambung...

Friday, March 20

Soalan




Perjalanan sesingkat ini...di mana penghujungnya?


Masa yang berlari... terdayakah dikejari?
m
Apa yang dicari.. apa yang diburu... benar atau keliru?

Nikmah rahmah melimpahi... cukupkah sudah disyukuri?

Kehidupan yang sementara ini... apakah yang diisi?

Bahagia dan berjaya... itukah yang ditemui?

Kesepian di alam barzakh nanti... siapakah pula yang sudi menemani?






Politik Wang Jejas Akidah




Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID


NABI Muhammad SAW pernah diberi gelaran 'Al-Amin' kerana ketinggian sifat integriti dan akauntabiliti Baginda memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Gelaran itu telah membangkitkan rasa kasih sayang berterusan sebahagian besar masyarakat Quraisy kepada Baginda.


Gelaran ini tidak hanya diakui oleh umatnya tetapi seluruh masyarakat Arab waktu itu. Ia sebagai bukti bahawa kepimpinan akan menjadi berwibawa jika ada kejujuran dan ketegasan demi menegakkan kebenaran.


Dalam konteks negara kita, usaha kerajaan untuk membasmi gejala rasuah, politik wang, penyelewengan dan salah guna kuasa merupakan manifestasi daripada intipati sifat Al-Amin dalam konteks kepimpinan yang diredai Allah. Ia bertepatan dengan kaedah dan ajaran yang disarankan oleh Rasulullah SAW.


Umat Islam harus diciptakan menjadi umat yang mempunyai semangat jihad untuk melawan apa jua bentuk rasuah. Pengajaran penting daripada tindakan kerajaan ke atas isu-isu berkaitan politik wang adalah untuk melahirkan semangat jihad memerangi rasuah.


Paling penting, orang yang bakal dipilih sebagai pemimpin itu mestilah boleh dipercayai dan jujur.


Tindakan Lembaga Disiplin UMNO terhadap mereka yang mengamalkan politik wang adalah bukti ketegasan parti tersebut untuk memerangi rasuah.


Persoalannya, mengapa sesetengah ahli masyarakat ada kecenderungan melakukan rasuah? Jawapannya, kerana tiada kejujuran. Mereka takut kepada bayang-bayang sendiri padahal ketakutan itu sebenarnya berpunca dari dalam diri mereka sendiri.


Perlu diingat, kedua-dua pihak yang memberi dan menerima rasuah merupakan golongan yang berdosa. Sekiranya tidak ada yang memberi walaupun diminta, sudah tentu rasuah tidak berlaku dan begitu juga sebaliknya.


Permasalahan politik wang seakan-akan tidak berkesudahan. Orang Islam yang meyakini akan adanya hari pembalasan tentunya tidak akan menganggap masalah itu biasa sahaja. Ini kerana kesan daripada perbuatan rasuah akan mengikis akidah seseorang.


Golongan tersebut terlalu meyakini bahawa wang adalah segala-galanya dan wang juga boleh membuatkan mereka berkuasa. Jika tidak dibendung, mereka boleh menjadi seumpama Firaun yang tidak mempercayai kekuasaan Allah SWT dan hanya bertuhankan kuasa dan harta benda.
Bagi golongan ini, harta dan kekayaan adalah kuasa. Percayalah bahawa kepimpinan atau kekuasaan yang diperolehi secara haram itu tidak akan kekal lama kerana ia tidak diredai oleh Allah SWT.


Ketika pertama kali Nabi SAW menerima wahyu daripada Allah SWT, Baginda berasa bingung. "Siapakah yang akan aku ajak? Dan siapakah pula yang akan mendengarnya?"


Sudah sewajarnya apabila Khadijah percaya kepadanya, ia bermakna telah mengambil berat perihal Baginda. Selama hidupnya, Baginda SAW adalah seorang yang jujur.


Lalu Khadijah menyatakan keimanannya atas kenabian tersebut. Ia merupakan hadiah kepercayaan daripada orang lain sebagai balasan kerana kejujuran Nabi SAW.


Baginda adalah contoh pemimpin sejati dan memiliki prinsip. Prinsip itulah yang menciptakan kepercayaan dan pengaruh luar biasa ke atas pengikutnya.


Suatu ketika sahabat Baginda, Utbah menawarkan harta, pangkat malah kedudukan sebagai raja. Rasullullah SAW menjawab dengan membacakan surah As-Sajadah.


Maka Utbah melihat yang berdiri di depannya itu bukanlah seorang lelaki yang berhasrat memiliki harta duniawi tetapi seorang insan yang mahu mengajak manusia ke arah kebaikan.
Baginda mempertahankan sesuatu dengan baik dan menggunakan kata-kata dengan penuh berhemah. Baginda menolak tawaran dengan cara yang begitu mempesonakan.


Dalam hal ini, terdapat banyak hadis sahih yang menunjukkan Baginda melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah. Rasuah adalah satu daripada dosa besar manakala rasuah paling keji dan besar dosanya ialah rasuah berkaitan hukum. Ini kerana hukum ditetapkan oleh Allah SWT sementara manusia sebagai pelaksana sahaja.


Melakukan penyelewengan dalam hukum bererti melanggar perintah Allah. Hal ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayat oleh Al-Tarmizi yang bermaksud: "Rasuah dalam urusan yang berkaitan dengan hukum adalah kufur."


Sementara itu, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasullullah bersabda: "Allah melaknat orang yang memakan riba, pemberi, kerani dan saksinya. Mereka itu adalah sama."
Seseorang yang menginginkan sesuatu jawatan atau kedudukan dalam pemerintahan, kemungkinan besar akan mengorbankan agamanya demi mencapai keinginannya itu. Dia mungkin rela melakukan apa sahaja meskipun perbuatan maksiat demi untuk mendapat atau mempertahankan kedudukannya.


Rasulullah SAW juga pernah menolak permintaan seorang sahabat yang datang meminta agar diberi jawatan dalam pemerintahan. Baginda bersabda yang bermaksud: "Kami tidak akan memberikan jabatan pemerintahan ini kepada orang yang memintanya dan bercita-cita untuk mendapatkannya."


Alasan penolakan itu ialah kerana bimbang orang yang bercita-cita tinggi seperti itu akan berani melakukan apa sahaja demi mendapatkan jawatan tersebut.


Ingatlah pesan Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Manusia apabila melihat kemungkaran, tidak merubahnya, maka dipastikan hampir sahaja Allah menimpa akan seksaan secara menyeluruh." (Riwayat Ahmad)


PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)



Thursday, March 19

Membangkitkan 'Mood'



Terkadang 'mood' untuk membuat tugasan hilang serta-merta. Bagaimana untuk mendapatkannya semula agar kita sentiasa ceria dan bersemangat untuk menyempurnakannya? Berikut antara idea yang boleh anda cuba:


1. Cari punca 'mood' hilang dan selesaikan

2. Bermunajat, baca doa khas untuk menghilangkan sifat malas, mohon dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan

3. Berwuduk dengan sempurna

4. Tunaikan solat dua rakaat dengan penuh ketenangan

5. Jika terlalu penat, berehat atau tidur sebentar

6. Jika ada konflik, segera selesaikan atau jika tidak dapat diselesaikan, yakin yang ianya dapat diselesaikan akhirnya

7. Sentiasa bertawakal dan redha

8. Hubungi individu yang ceria dan suka memberi dorongan. Jika sesuai, lakukan tugasan bersama-sama mereka. Cari kesempatan untuk menceriakan individu lain sekurang-kurangnya seorang.

9. Dapatkan motivasi dari ahli keluarga atau rakan-rakan yang memahami. Dapat sokongan dari yang insan tersayang (jika ada).

10. Tinggalkan sebentar tugasan tersebut, lakukan aktiviti yang menarik seperti senaman ringan dan bersiar-siar antara 10 minit hingga 1/2 jam sebelum menyambungnya semula.

11. Tonton rancangan yang ceria dan bersemangat. Elakkan menonton rancangan atau membaca novel yang melankolik atau berakhir dengan 'sad ending' kerana anda mungkin akan terbawa-bawa dengan 'mood' sedih tersebut untuk beberapa lama (terutamanya bagi yang berjiwa halus).

12. Pasang lagu/muzik yang ceria dan bersemangat

13. Wangikan ruangan kerja. Jika perlu, bersihkan dan susun-atur semula ruangan kerja. Wujudkan suasana ceria da selesa.

15. Beri dorongan pada diri sendiri. Bercakap dengan diri sendiri. Gunakan kuasa minda.

16. Ambil makanan yang boleh menceriakan dan meningkatkan kecerdasan otak. Elakkan daripada terlampau kenyang, mengambil karbohidrat secara berlebihan, minuman berkarbonat, makanan ringan dan makanan segera.

17. Pakai pakaian yang bersih, selesa dan ceria serta.... senyum semanis rasa :)


Wednesday, March 18

Aras Perubahan Zaman




Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau


~Saidina Umar Al-Khattab~


Tuesday, March 17

Haluan Bicara


Sesekali kita memuhasabah diri. Setajam manakah tutur bicara yang dilemparkan? Siapa yang terguris... siapa yang menangis, siapa yang 'terbunuh'... siapa yang teruja? Perlukah semua itu... kenapa dan mengapa?



Bicara cerminan pribadi. Lambang keteguhan akal budi. Pribadi yang mulia memancarkan kata-kata yang bersih lagi bijaksana. Pribadi yang bahagia spontan melontarkan bicara yang indah lagi mendamaikan, penuh optimis dan pengharapan. Pribadi yang berani melontarkan hujah-hujah yang menggugah perasaan. Pribadi yang dinamik, bahasannya peka dengan perubahan. Pribadi Murabbi, katanya bersulam hikmah dan panduan. Pribadi pemikir, bicaranya mengundang akal untuk menterjemahkan. Pribadi pendamai, lafaznya aman menenangkan. Pribadi mutmainah, desir bicaranya semurni penghuni syurga. Pribadi lawamah, lontarannya 'terseliuh' antara dua persimpangan. Pribadi amarah, nadanya bergelora, sarat dendam, prasangka dan kelukaan yang membusung lagi meresahkan.



Mana satu bicara kita? Yang akarnya menghunjam bumi dan dahannya teguh mencecah langit tinggi... atau cuma dedalu yang memakan diri... jua nyalaan api yang merentungkan setiap hati?


Tradisi dan Perubahan



Kehebatan ulama dan umara berganding ilmu dan kebijaksanaan, kreatifnya ilmuan, karyawan dan seniman dalam melahirkan karya-karya yang dijadikan sumber rujukan, menyepadukan ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem, berkembangnya tradisi muzakarah yang berdaya menampung perbedaan dan persamaan menyebabkan konsep ulul-albab membudaya, jiwa tafakur dan tadabbur menyubur dan akhirnya menyebabkan Barat terhutang ilmu kepada khazanah Islam


~Prof. Dr. Sidek Baba~




Ambilan: Sidek Baba, (2009). Melayu perkasa Shah Alam: Alaf 21

Monday, March 16

Rahsia



Dalam perjalanan ini terlalu banyak rahsia yang tidak diketahui. Rahsia adakalanya kekal rahsia. Rahsia adakalanya tersingkap jua seiring dengan masa. Rahsia adakalanya terbuka tanpa senghaja – dalam mimpi, dalam jaga. Rahsia adakalanya perlu digali agar tiada lagi ragu nan bertakhta di hati. Rahsia adakalanya tak perlu dipeduli kerna hakikatnya terlalu perit untuk diketahui… atau terlalu rumit untuk difahami.


Anakanda… pintalah petunjuk dari-Nya, agar kau bijak membeza… rahsia antara rahsia – mana satu .. yang perlu digali atau dibiar tanpa peduli.

Saturday, March 14

Friday, March 13

Antara Boros dan Bakhil



Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada pula bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu"


~terjemahan Al-Furqan, 67~

Thursday, March 12

Dakwah penuh kasih, bijaksana



Oleh Prof. Dr. Sidek Baba


PELBAGAI orientasi dakwah digerakkan hari ini dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan Islam. Ada memilih orientasi heararki (gerakan), siasi (politik), orientasi tabligh dan sufi bagi mencapai keberkesanan dalam kefahaman dan amal Islam.

Di samping jemaah sukarela, peranan lembaga kerajaan juga aktif menghidupkan suasana dakwah di samping menghasilkan institusi seperti bank, kewangan, takaful, institusi pengajian tinggi, menengah dan rendah.


Perkembangan ini menjadi lebih baik jika wujud penyelarasan pada setiap peringkat dan pihak bahawa skop dakwah tidak sekadar seruan dan ajakan secara lisan, sebaliknya dakwah juga pada lembaga serta institusi yang menyalurkan nilai serta etika Islam.

Namun, ada orientasi sukarela menyandarkan dakwah kepada jemaah atau gerakan di luar negara yang cabaran serta masalah tidak sama di negara kita. Malaysia adalah negara unik yang memerlukan kaedah sesuai dengan latar belakang sejarah, sosioekonomi dan pentadbirannya.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna tiada persamaan antara Mesir dan Indo-Pakistan dengan Malaysia tetapi mengambil pendekatan ala Malaysia dalam dakwah perlu kerana orientasi masyarakat majmuk, kebebasan serta pengaruh Islam dalam sistem.


Pendekatan dakwah ala Malaysia mengambil kira peruntukan Islam dalam perlembagaan khususnya yang ada dalam bidang kuasa negeri di samping ruang untuk melaksanakan kegiatan dakwah secara bijaksana.

Sejarah perkembangan dakwah Islam sejak zaman Melaka hingga kini dan pendekatan dinamik yang perlu ada bagi badan dakwah melihat kepada potensi umat Melayu serta bukan Melayu atau bukan Islam.

Rasulullah SAW menganjurkan suatu dustur (kaedah) dakwah yang terbaik iaitu: "Serulah ke jalan Tuhanmu secara bijaksana dengan pekerti teladan yang baik, hujah terbaik dan meyakinkan". Dustur dakwah itu sesuai dalam realiti Malaysia.

Sebagai dai dan murabbi, di depannya ada potensi orang yang hendak didakwahkan pada segala peringkat dan latar belakang. Harus diteroka jalan bijaksana supaya risalah kebenaran dapat disampaikan di samping kehidupan rohaniah dijadikan pedoman.



Pertama, perlu ada sifat kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi terhadap orang yang hendak di dakwah. Berdakwah dengan memberikan label dan sindiran boleh menyebabkan sasaran lari dan tidak tertarik dengan cara diambil.

Kita harus menginsafi tidak semua orang memiliki latar pendidikan dan binaan keluarga yang baik. Sesetengah yang ingin didakwah adalah orang yang cicir dalam keluarga, mengalami kelompangan hati serta kekeliruan minda. Orang seperti ini mudah terdedah kepada kemungkaran kerana tidak memiliki kesedaran rohaniah.

Kedua, apabila melihat kemungkaran atau perkara tidak baik dilakukan seseorang, perbuatan itu tidak kita sertai. Namun, jauh dalam lubuk hati kita terpancar rasa belas kasihan terhadap apa yang berlaku. Lalu datang gerak hati untuk mendekatinya dengan bijaksana.

Jika pendekatan itu dilakukan bagi mengajaknya kembali ke jalan yang benar, kemungkinan ia akan kembali kepada fitrah hidup semula. Jika kejayaan ini ada, bermakna ia tidak lagi terus melakukan kemungkaran, sebaliknya sudah bersama dengan kita hidup dalam makruf.

Ketiga, berdakwah perlu ada persiapan. Faham akan sasaran, tingkat pemikiran, rasa kesabaran dan kebijaksanaan seperti teladan diri yang baik dan tidak mudah berputus asa. Harus ada sikap setiap yang ingin didakwah ada potensi untuk berubah.

Keempat, kuasai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang khususnya ilmu Islam kerana cabaran yang menghadapi masyarakat kini tidak saja rohaniah sifatnya, malah perkembangan ilmu yang menjangkau ke daerah sains dan teknologi.

Ilmu ini harus diolah dengan bijaksana bermula dengan mengukuhkan akidah dan iman, ibadat dan syariah supaya terhasil akhlak yang baik.

Pendekatan dakwah Malaysia bukan sekadar menimbulkan keinsafan pentingnya akhlak mulia disuburkan tetapi dengan kekuatan ilmu dan ketrampilan, ia mungkin memberikan arah pemahaman yang betul mengenai seni dan budaya supaya kemajuan berlaku sentiasa dalam acuan yang makruf.

Pendakwah dan pendidik harus sentiasa memiliki sikap berlapang dada menerima kritik serta teguran. Jangan mengambil pendekatan radikal yang tidak serasi dengan resam budaya masyarakat dan boleh menyebabkan gerak kerja dakwah menjadi fitnah.

Al-Quran memberikan asas yang mantap mengenai jenis manusia yang ingin kita suburkan. Firman Allah bermaksud: "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah." (Surah al-Imran, ayat 110)

Ada tiga asas penting dalam ayat ini memberikan pedoman dakwah iaitu pertama, harus diwujudkan kebaikan dalam hidup ini ibarat pohon yang tumbuh dalam kehijauan daun dan kelebatan buah supaya manfaatnya dirasakan yang lain.

Makruf tidak hanya terpancar dalam pekerti diri yang memiliki teladan boleh dicontohi, tetapi mampu tegak dengan kekuatan ilmu yang dapat mengaturkan sistem. Memiliki ilmu muamalah didukung prinsip syariah bakal menjauhkan umat terbabit riba. Ia menuntut tekad politik dan keusahawanan yang tinggi supaya umat terus berada dalam keadaan makruf.

Kedua, tentangan terhadap makruf dilakukan dengan menyuburkan perkara makruf sebanyak mungkin. Jika generasi muda kini ketagih dengan budaya popular Barat, tekad yang tinggi dan kreatif di kalangan ulama, ilmuwan, seniman dan karyawan Islam memberikan alternatif, kemungkinan kecenderungan terhadap kemungkaran dapat dikurangkan.

Bagaimana genre pantun, syair, nazam, qitah, gurindam dan seloka dengan bijaksana dan kreatif disuburkan dan menjadi minat generasi muda membawa mesej mengembalikan mereka ke arah yang lebih fitrah.

Ketiga, maksud beriman kepada Allah tidak hanya membina rasa percaya tetapi keyakinan dan kepercayaan yang didukung oleh ilmu. Tidak dinamakan seseorang itu beriman jika asas percaya yang menyebabkan niat dan perbuatannya menyimpang daripada yang diniatkan.

Syahadahnya lain tetapi pancaran syahadah tidak membayangkan ia percaya mengenai kewujudan dan keperkasaan Allah. Lebih-lebih lagi jika menganut Islam dengan sentimen atau emosi semata-mata.

Orang beriman bukan saja percaya tetapi asas kepercayaan kepada Allah mendorongnya untuk berfikir dan memerhati, mengkaji dan mengakui bahawa Maha Besar dan Perkasa Allah menjadikan alam ini dengan limpahan rahmat dan nikmat.

Dalam keadaan kini amat penting kefahaman pendakwah digilap dan kecerdasan strategi dilakukan supaya umat Islam sentiasa bertindak balas kepada keunggulan tamadun silam dan futuristik terhadap kemajuan serta perubahan yang berlangsung.

Ia bukan perjuangan mudah kerana kehebatan Islam tidak saja dilihat pada ajarannya, malah diukur daripada kecemerlangan diri dan gerak kerja penganutnya yang sentiasa mempamerkan teladan tinggi dan mampu menjadi sumber ikutan terhadap yang lain.

Inilah sebenar risalah nubuwwah supaya Islam mampu dicernakan sebagai agama mendukung maksud rahmat untuk sekalian alam.

Penulis ialah penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah


Sumber: Berita Harian


Wednesday, March 11

Kena Tag



1. Snap the picture of both inner and outer of your purse.



  • Gambar sebenar tak dapat disertakan, kamera digital dipinjamkan sebentar untuk majlis konvokesyen kekanda ipar di Putrajaya Khamis ini.




2. Introduce your purse brand, price & where you buy.



  • Dalam tempoh sedekad ini, saya ada dua beg duit. Satu berwarna merah jambu, tiada jenama, harga RM 5 dan dibeli di pasar malam Sri Serdang. Oleh kerana materialnya berat, saya beli satu lagi dua tahun lepas, cantik, warna putih polos tetapi telah saya hadiahkan pada ibu, jenama Timber, beli di Parkson Metro Kajang dan harganya RM 40. Murah saja kan... maklumlah, saya kan pelajar...



3. Take out whatever its inside your purse.



  • Tiada apa yang menarik di dalam beg duit saya. Tak berbaloi untuk dicuri. Cuma sekeping kad pengenalan, lesen memandu, kad staf, kad CIMB, Kad buku MPH, Kad Bodyshop, tiga keping RM 1, sekeping syiling 20 sen dan 10 sen. Tiada kad kredit di dalamnya kerana saya alergik dengan hutang.


4. Tagged other 7 person.


  • Dengan segala hormatnya, saya ingin 'tag' nama-nama seperti di bawah:



-Cik Nad


-Din


-Norman


-Hajar


-Syuhada


-Anum


-Shila



5. Comment on your friend’s (who tagged you) purse.



  • Menarik !


Tuesday, March 10

Antara Isu Utama dan Sampingan

Dalam salah-satu bengkel Kepimpinan Intelektual Muda Melayu sekitar tahun 2003 di Kuala Lumpur, En. Hanafi dari UITM sempat membincangkan tentang kemahiran berfikir. Antaranya adalah tentang unsur 'core' (saya terjemahkan sebagai unsur/perkara utama) dan 'non-core' (sampingan). Menurut beliau, kita selalu terperangkap dengan unsur sampingan sehingga mengabaikan unsur utama. Ini kerana unsur sampingan kelihatan lebih besar dan lebih mudah dilihat berbanding unsur utama sebagaimana rajah di bawah.
Segiempat kecil (berwarna biru tua) mewakili unsur utama dan segiempat yang lebih besar (berwarna biru muda) mewakili unsur sampingan.

Unsur utama adalah isu utama yang perlu diselesaikan dan unsur sampingan adalah unsur-unsur lain yang berkait dengan isu tersebut. Bagi menyelesaikan masalah, kita perlu bijak membezakan antara isu utama dan unsur-unsur yang berlegar disekelilingnya. Contohnya dalam isu PPSMI, isu utamanya adalah kepentingan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bagi memudahkan pembelajaran sains dan matematik di sekolah sementara isu sampingannya adalah siapa yang memperjuangkannya, berapa ramai, kaedah yang digunakan, parti politik mana yang terlibat dan sebagainya. Justeru, perkara yang perlu diselesaikan adalah apakah medium bahasa yang sewajarnya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi tujuan pembangunan negara bangsa?

Pemimpin yang bijaksana dapat membezakan antara isu utama dan sampingan (kurang penting atau tidak penting) dengan mudah. Pemahaman terhadap isu utama membolehkan pemimpin mengenalpasti punca, situasi dan implikasi isu tersebut dan seterusnya membuat keputusan yang tepat bagi menangani permasalahan atau konflik yang timbul tanpa dipengaruhi sentimen pribadi.

Monday, March 9

Hikmah




"Sesungguhnya hati-hati itu akan merasa jemu sebagaimana tubuh badan merasa jemu (keletihan), maka isikanlah hati-hati tersebut dengan kata-kata hikmah yang indah"

~Saidina Ali Karamullahu Wajhah~


"Hikmah tidak akan tinggal di dalam perut yang sarat dipenuhi dengan makanan"

~Zun Nun Al-Misry~




"Tidak ada yang lebih aku takuti akan menimpa kalian semua, melainkan orang munafik yang alim (berilmu). Dia bercakap dengan kata-kata hikmah sedangkan dia melakukan pembohongan atau berkata perkara mungkar dan keji".

~Saidina Umar Al Khatab R. A. ~


"Wahai anakku, hendaklah engkau duduk bergaul dengan para ulama (orang yang berilmu) dan dengarlah percakapan orang yang bijaksana, kerana bahawasanya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana Dia menyuburkan tanah yang gersang dengan hujan lebat".

~Lukmanul Hakim~


Sumber: Muhammad Khair Ramadhan Yusuf, (2002). Lelaki misteri dalam al-Quran: Kisah Luqmanul Hakim dan kebijaksanaannya, terjemahan Ibnu Ghazali, Malaysia: Jasmin Enterprise.

Friday, March 6

Selagi Jantung Masih Berdenyut...

Sudah sebulan saya tidak pulang ke kampung. Bagi saya ianya sudah terlalu lama kerana lazimnya saya pulang menziarahi ibu dan ayah tercinta setiap dua minggu. Kata orang, selagi ada kesempatan pulanglah. Gembirakan mereka semampunya dan usah biarkan mereka meniti usia senja dalam kesunyian. Saat ini, bukan wang ringgit yang didambakan, tapi kasih sayang dan perhatian yang tulus dari belahan jiwa yang ditatangnya bagai minyak yang penuh itu. Pulanglah sebelum jantung mereka atau jantung kita terhenti berdenyut. Saat itu pasti menjelma jua, cuma... entah bila, di mana... dan bersediakah kita untuk menghadapinya?


Bercerita tentang jantung, di sini saya tampilkan kisah 'jantung' kiriman emel Ustaz Bakhtiar untuk dikongsi bersama. Sememangnya tubuh kita menyimpan pelbagai rahsia, keajaiban dan keindahan untuk direnung-renungkan. Apapun, pastinya... semakin kita mengenal diri sendiri, makin takjub diri kita akan keagungan Ilahi.


Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji).

Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.

Sekiranya saluran koronari tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work

Jantung mengepam 5 liter darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.


Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.


Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.


Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, sudah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup macam ini...macam itu... Selepas itu, awak beri lagi arahan...berdegup macam ini... macam itu.. Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.


Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jantung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.


HARGAILAH JANTUNG ANDA.....WASSALAM...


Thursday, March 5

Kajian PPSMI


KOMPETENSI GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SERTA IMPLIKASINYA TERHADAP PRESTASI KE ARAH PEMBANGUNAN MODAL INSAN MURID.



DIKEMUKAKAN OLEH:


Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA)


TUJUAN


Untuk menyampaikan dan membincangkan hasil dapatan dan kajian PEMBINA bersama-sama Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknolgi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) mengenai “ Tahap Kompetensi Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Menggunakan Bahasa Inggeris Serta Implikasinya Terhadap Prestasi Ke Arah Pembangunan Modal Insan Murid”. Kajian ini meliputi 70 buah Sekolah Menengah dan 90 buah Sekolah Rendah meliputi seluruh Malaysia, dan 23000 murid.



Walau bagaimanapun disebabkan kajian ini belum lagi tamat seluruhnya, maka hanya sebahagian daripada dapatan kajian tersebut sahaja akan dibincangkan.



LATAR BELAKANG PELAKSANAAN PPSMI



Berikut disenaraikan urutan dan peristiwa bagaimana PPSMI diperkenalkan:



  • Pada 17 April 2002, Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengkaji pelaksanaan PPSMI.

  • 6 Mei 2002, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengesyorkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

  • 8 Mei 2002, Jemaah Menteri bersetuju Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

  • 10 Mei 2002, Majlis Tertinggi UMNO menyokong cadangan Jemaah Menteri.

  • 19 Julai 2002, Mesyuarat Khas Jemaah Menteri bersetuju Strategi dan Jadual Pelaksanaan PPSMI.

  • Julai 2002, Menteri Pendidikan mengumumkan dengan rasminya PPSMI akan digunakan mulai tahun 2003.


RASIONAL PELAKSANAAN PPSMI



  • Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam bahasa Inggeris.

  • Matlamat akhir dasar ini adalah membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya mereka mampu menguasai ilmu Sains – Matematik dan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

  • Di samping itu untuk melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002 : Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah (SM), dan Tinkatan 6 Mulai Tahun 2003. Kp (BS) 8591/Jld XVIII/(13), 27.11.2002).

  • Bahasa Inggeris dipelajari oleh murid selama 11 tahun, tetapi prestasinya masih belum memuaskan. Dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, maka diharapkan akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid.


STRATEGI DAN JADUAL PELAKSANAAN



  • 100%, Tahun 1, SK, SJKT dan SJKC bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

  • 100%, Tingkatan 1 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

  • 100%, bagi Tingkatan Enam Rendah untuk mata pelajaran Fizik, Biologi, Kimia, Matematik, Matematik T, Matematik Lanjutan T, dan Perkomputeran.

  • Peruntukan waktu bagi SJK, SJKT dan SJKC ditetapkan oleh kementerian. Walau bagaimanapun dari segi peruntukan waktu, didapati SJKC jauh lebih beruntung jika dibandingkan dengan SK dan SJKT kerana diberi peruntukan waktu yang lebih. Di samping itu mereka juga dapat memahami pengajaran dengan berkesan kerana diizinkan menggunakan bahasa Mandrin di samping bahasa Inggeris.


Pentaksiran



Mulai tahun 2003 hingga tahun 2007, semua peperiksaan awam mata pelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwi-bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (SK), Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil (SJKT), dan Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandrin (SJKC). Murid dibenarkan memilih untuk menjawab soalan peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut dalam salah satu daripada dua bahasa atau kedua-dua bahasa.



  • Bagi Sekolah Menengah dan Tingkatan 6 , dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

  • Mulai tahun 2008 UPSR, bagi Sains dan Matematik soalan akan di sediakan di dalam Bahasa Inggeris sahaja (SK, SJKT dan SJKC).

  • Bagi mata pelajaran Sains dan mana-mana mata pelajaran lain yang berasaskan Sains dan Matematik di SM, akan disediakan dalam Bahasa Inggeris.

  • Walau bagaimanapun, pada tahun 2007, KPM mengumumkan bahawa soalan soalan peperiksaan masih akan diadakan di dalam 2 bahasa.


REAKSI MASYARAKAT


Pelaksanaan PPSMI secara tergesa-gesa ’ad hoc’ tanpa perancangan rapi menimbulkan berbagai-bagai reaksi masyarakat. Ada yang menyokong dan terdapat pula yang menentang. Antara isu-isu yang ditimbulkan ialah:


  • Bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan Perkara 152(1) yang memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dan Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan

  • Bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967: Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Rasmi telah diperuntukkan di bawah Seksyen 2, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) seperti berikut:


“Kechuali sa-bagaimana di-peruntokkan dalam Akta ini dan tertaklok kepada perlindongan2 yang terkandong dalam Perkara 152(1) Perlembagaan berhubong dengan mana2 bahasa lain dan bahasa mana2 kaum lain dalam Malaysia, bahasa kebangsaan hendak-lah digunakan bagi maksud2 rasmi”.



  • Bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996: Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Pengantar Utama. Seksyen 17, Akta Pendidikan 199 menetapkan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Pengantar Utama seperti berikut:

(1) Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyn 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.



(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan adalah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi
pendidikan.



Peruntukan subseksyen 17(1) bermakna pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas hendaklah secara utamanya dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, kecuali bagi Sekolah Jenis Kebangsaan.


Pelaksanaan PPSMI akan menghilangkan identiti bangsa, kepatriotan dan kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa akhirnya akan lenyap peranannya. Istilah-istilah baru dalam bidang sains, teknologi, perubatan, kejuruteraan dan sebagainya tidak akan dibentuk lagi.



Pelaksanaan PPSMI akan melemahkan lagi pencapaian dan prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Teknologi. Malah matlamat KPM untuk mencapai hasrat nisbah pelajar aliran Sains dan Teknologi berbanding dengan aliran Sastera, dan iaitu 60:40 pada tahun
2010 akan gagal. Kesan negatif ini akan membawa secara kumulatif ke peringkat lebih tinggi seterusnya (peringkat sekolah menengah). Jika dibuat unjuran seterusnya, besar kemungkinan yang penawaran bilangan pelajar Matematik, Sains, Teknologi dan Kejuruteraan yang cekap dan cemerlang untuk meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi dalam bidang-bidang Sains dan Teknologi, Kejuruteraan, Perubatan, Pertanian dan Perniagaan akan menurun, terutama di kalangan pelajar Melayu/Bumiputra (lebih-lebih lagi luar bandar dan pedalaman). Atau IPT akan terpaksa menyediakan kursus-kursus ’persediaan’ dan ’pemulihan’ kepada pelajar lulusan sekolah Menengah bagi menentukan asas pelajaran mereka mencukupi untuk mengikuti program-program pengajian di IPT ini. Ertinya PPSMI telah gagal untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi Matematik dan Sains, terutama pelajar Melayu/ Bumiputra; dan gagal untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi Bahasa Inggeris pelajar rendah dan menengah. Kesan kumulatif jangka panjang ialah sebahagian besar (lebih 75%) pelajar Melayu/Bumiputra tidak akan menguasai secukupnya konsep ilmu dan kemahiran Matematik dan Sains.



’They are weak in learning tools to learn Maths and Science’.


(Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ishak Haron, UPSI : Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah)



Untuk menambahjelaskan lagi dapatan ini, sila rujuk Rajah 4 , di mana dengan jelas menunjukkan bahawa peratus pelajar yang beroleh D dan E Matematik dan Sains PMR amat tinggi dan membimbangkan. Hampir separuh daripada pelajar tersebut iaitu 44.08% (Matematik) dan 45.94% (Sains) mendapat D dan E. Dengan keputusan seperti ini kita boleh bayangkan kemanakah mereka akan pergi selepas SPM.



  • Alasan pelaksanaan PPSMI diharapkan akan dapat meningkatkan pembelajaran, menambahkan minat dan penguasaan serta membaiki prestasi bahasa Inggeris pelajar tidak dapat diterima oleh masyarakat. Sebaliknya pelajar akan mengalami kerugian berganda ’double jeorpardy’. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Kelemahan murid dalam bahasa Inggeris akan menyebabkan mereka tidak berminat , tidak bersedia dan tidak dapat mengikuti pengajaran Matematik dan Sains. Sepatutnya jika bahasa Inggeris yang hendak ditingkatkan, KPM perlu menyemak semula kandungan kurikulum Bahasa Inggeris, membaiki pedagogi, menambahkan waktu pembelajaran, memperkenalkan Kesusasteraan Inggeris dan sebagainya. Ramai yang berpendapat, yang lemah tidak diperbaiki, yang elok dimusnahkan. Misalnya antara langkah yang boleh diambil untuk baiki prestasi bahasa Inggeris ialah pada peringkat sekolah rendah penekanan pengajaran Bahasa Inggeris perlu diberi kepada kemahiran bahasa asas interpersonal (Basic Interpersonal Communicatif Skills atau BICS) yang memberi kemudahan kepada penggunaan bahasa untuk berkomunikasi. Pada peringkat sekolah menengah, kurikulum Bahasa Inggeris perlu memberi penekanan kepada latihan-latihan dan penggunaan bahasa Inggeris untuk memantapkan kemahiran berbahasa kognitif akademik (Cognitive Academic Language Profeciency atau CALP) yang menekankan kemahiran berbahasa, khusus untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik – (Prof. Datin Dr. Juriah Long, UKM).

Perlu ditegaskan bahawa pada hari ini, terdapat seramai lebih kurang 146,861 (29.35%) daripada 500,427 murid di Tingkatan 1 beroleh D dan E (gagal) Bahasa Inggeris ketika UPSR. Bayangkanlah dan fikirfikirkanlah bolehkah pelajar-pelajar ini mengikuti pengajaran Matematik
dan Sains dengan cemerlang jika penguasaan bahasa Inggeris mereka terlalu lemah. Mungkinkah mereka boleh cemerlang dalam SPM dan STPM. ( Sila rujuk Rajah : 1 dan 2)

Prestasi Bahasa Inggeris murid Tingkatan 4 lebih membimbangkan. Bilangan murid yang beroleh D dan E di dalam PMR amat tinggi, iaitu 50.20%. Sayugia diingatkan bahawa mereka yang gagal Bahasa Inggeris bukan bererti mereka juga lemah di dalam Sains dan Matematik


DAPATAN KAJIAN AWAL



Beberapa dapatan dan kesimpulan dapat dibuat berdasarkan kepada 9 buah sekolah.



KESIMPULAN



Dapatan awal telah dibentangkan, pola telah dapat dilihat dan eloklah kita menunggu keseluruhan dapatan untuk dirumuskan.