Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Thursday, March 27

Ampun Maaf Dipinta.




Mohon ampun maaf andai ada tersalah mengatur bicara dan terkurang adabnya.
Terima kasih atas segalanya.
Semoga bersua kembali dengan izin-Nya.

Tuesday, March 25

Pesan III





Pesan ibu

bila di atas jangan lupa yang di bawah

agar nanti

jasadmu kan tenang bersemadi

nun di bawah sana




Nikmat III






Terima kasih kekanda...

kini dinda percaya

air dicincang tiada putusnya

kasih saudara, bukan cuma masa berada



Sunday, March 23

Kepimpinan & Pasangan Hidup



Buah Limau dan buah Ceri bertemu di bawah sebatang pokok kaktus berbunga ungu. Limau membelek-belek sebuah novel yang ditulis oleh buah Delima.

Limau: Dia (Delima) ni bagus, banyak buku yang ditulisnya. Penulisannya bagus-bagus. Tapi saya percaya, lepas kahwin... merudum terus!

Ceri: Saya tak rasa begitu. Jika dia mendapat pasangan yang baik... menyokong kerjayanya, mempunyai pemikiran yang tajam sepertinya, karyanya pasti jadi lebih hebat.

Limau: Hujah awak mematahkan hujah-hujah saya. Terdiam saya dibuatnya.

Ceri: Maaflah Limau, saya tidak berniat begitu. Jangan kecil hati ya. Saya teringat pendapat Prof Azimi dalam kelas dahulu. Nak tahu pendapat dia?

Limau: Ok... apa dia?

Ceri: Para nabi dan rasul yang ditaati oleh isteri dan anak-anak mereka, ajaran mereka lebih mengesankan berbanding para nabi yang tidak mendapat sokongan bahkan dikhianati pula oleh isteri dan keluarga mereka.

Limau: Contohnya?

Ceri: Contohnya Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Ibrahim AS... ajarannya mengesankan dan pengikutnya sentiasa bertambah hari demi hari... sehinggalah hari ini. Sebaliknya, cuba kita apa yang berlaku para nabi yang ditentang oleh isteri dan keluarga mereka seperti Nabi Nuh dan Nabi Luth. Pengikutnya sedikit dan bahkan mungkin sudah pupus.

Limau: Jadi maksudnya, pemimpin yang hebat bermula di rumah. Bermula dengan pemilihan pasangan dan kepemimpinan dalam rumah tangga dan akhirnya di bawa ke luar... dalam masyarakat dan negara. Betulkan?

Ceri: Ya, betul. Bijak awak menangkap maksud saya. Jadi, kalau kita nak cari pemimpin yang benar-benar hebat... mereka berada di dalam keluarga yang juga hebat.

Buah Limau tertawa dan mindanya terus ligat berfikir...



Saturday, March 22

Rumah Banglo Saya




Labu Air: Rumah bunglo ni membazir. Semua ni kroni, kita mesti jual ! Baru orang lain nampak, kita ni bagus. Tak suka bermewah-mewah.



Labu Sayung: Yala Labu, tapi siapa nak beli... mahal ni! Lepas tu... bila dah jual, kita tinggal di mana pula?



Labu Air: Apa susah... kita jual murah-murah. Abang saya, pakcik saya, atuk saya, sepupu saya dan anak saudara saya mahu beli... sudah dua minggu mereka tempah. Lagi satu... jangan risau. Saya pun ada banyak rumah. Nanti Yung boleh sewa dengan saya. Bila-bila saja!

UUU



* Makluman - tiada kaitan mereka yang sudah mati.









Friday, March 21

Pokok Tua




Di antara kebun dan sungai

dan keindahan aneka alam

Maha berjalan riang

bersama ayah sang penunjuk

dia melihat batang kurma di kejauhan

yang miring diantara pohon yang lain

lalu dia mengambil seutas tali seraya berkata:



"Ayah tunggulah, kita tegakkan dan mengikatnya

dengan pohon di sebelahnya

agar indah dipandang mata"



Ayah berkata:



"Anakku, pohon itu sudah tua

usianya sudah terlalu lama

sukar untuk ditegakkan

peluangnya pasti sirna

sesungguhnya pembaikan dan pembinaan itu

hanya berguna di usia muda

bila anak-anak dengan engkau sia-siakan masa kecilnya

kelak bila sudah besar

hanya sesal yang sia-sia".



~Ahmad Shauqi~



*Ahmad Shauqi dalam Abdul Hakim Majid & Abu Umar, 2002. 20 teknik mencerdaskan akal dan melembutkan hati anak, Batu Caves: Pustaka Ilmi (p.47-48).

Luruskan Tunas


Bila kau luruskan tunas

maka akan kau lihat lurusnya

bila kau luruskan batang

ia tak akan bergerak

adab bermanfaat baginya

pendidikan anak dengan perlahan

jika di usia tua kau bina

adab tidak ada gunanya
j
~Ibnu Jauzi~


* Ibnu Jauzi dalam Abdul Hakim Majid & Abu Umar, 2002. 20 teknik mencerdaskan akal dan melembutkan hati anak, Batu Caves: Pustaka Ilmi (p-33).

Nikmat II




Terima kasih Ya Allah

saat mereka menyintai kami kerana-Mu

tiada sebab lain





Terima kasih Ya Allah

kerana-Mu kami menyintai saudara kami

sebagaimana menyintai diri sendiri

lalu menyempurnakan iman kami

jua membahagiakan hati sendiri

Thursday, March 20

Tazkiratul Maut I





14 orang pelajar duduk di atas kerusi biru yang membentuk bulatan sederhana besar. Suasana senyap-sunyi. Tiada sepatah suara kecuali bunyi desiran alat penghawa dingin dengan suhu 18 darjah celcius.



Suara 1: Bayangkan kita semuanya bukan di alam nyata. Malam tadi kita tertidur. Alih-alih sudah berada di alam lain. Ya.. sekarang kita sudah berada di alam lain. Nyawa kita baru saja di cabut...



Suasana senyap. Masing-masing memandang antara satu sama lain.



Suara 2: Jenazah kita sedang dimandikan. Terbaring kaku di atas jubin putih, pelantar khas mandian mayat di masjid UKM. Rakan sebilik bergegas mengemaskan barang-barang kita di kolej. Agak-agaknya, ada tak dia terdetik tanpa senghaja dalam hati:



"Ya Rabbi, pengotornya kawan aku ni...".




*Ops! Mati adalah realiti... sudah bersedia?







Ya Rasulullah






Alangkah indahnya hidup ini


Andai dapat kutatap wajahmu


Kan pasti mengalir air mataku


Kerna pancaran ketenanganmu




Alangkah indahnya hidup ini


Andai dapat kukucup tanganmu


Moga mengalir keberkatan dalam diriku


Untuk mengikut jejak langkahmu




Ya Rasulullah Ya Habiballah


Tak pernah kutatap wajahmu




Ya Rasulullah Ya Habiballah


Kami rindu padamu




Allahumma Solli Ala Muhammad


Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim




Alangkah indahnya hidup ini


Andai dapat kudakap dirimu


Tiada kata yang dapat aku ucapkan


Hanya tuhan saja yang tahu




Kutahu cintamu kepada umat


Umati


kutahu bimbangnya kau tentang kami


Syafaatkan kami




Alangkah indahnya hidup ini


Andai dapat kutatap wajahmu


Kan pasti mengalir air mataku


Kerna pancaran ketenanganmu




Ya Rasulullah Ya Habiballah


Terimalah kami sebagai umatmu




Ya Rasulullah Ya Habiballah


Kurniakanlah syafaatmu




*Lirik lagu dendangan kumpulan Raihan




Wednesday, March 19

Makmur Aman Sejahtera




Ya Allah...

pimpin kami pada jalan-Mu yang lurus itu

selamanya



Ya Allah...

jangan biarkan kami

meski sedetik cuma

Barisan Kabinet 2008


BARISAN KABINET BARU 2008



PERDANA MENTERI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak



JABATAN PERDANA MENTERI



Menteri




Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz
Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham A. Aziz



Timbalan Menteri



Datuk Mohd. Johari Baharom
Datuk Dr. Masitah Ibrahim
Datuk Hassan Malik
S.K. Devamany



KEMENTERIAN KEWANGAN



Menteri



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan Menteri
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanazlah
Datuk Kong Cho Ha



KEMENTERIAN PERTAHANAN



Menteri



Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak



Timbalan Menteri



Datuk Wira Abu Seman Yusop



KEMENTERIAN DALAM NEGERI



Menteri



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan Menteri
Datuk Chor Chee Heung
Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh



KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN



Menteri



Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Datuk Hamzah Zainuddin



KEMENTERIAN KERJA RAYA



Menteri



Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad



Timbalan Menteri



Datuk Yong Khoon Seng



KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI



Menteri



Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin



Timbalan Menteri



Datuk Liew Vui Keong
Jacob Dungau Sagan



KEMENTERIAN LUAR NEGERI



Menteri



Datuk Seri Dr. Rais Yatim



Timbalan Menteri



Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar



KEMENTERIAN PENERANGAN



Menteri



Datuk Ahmad Shabery Cheek



Timbalan Menteri



Datuk Tan Lian Hoe



KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA



Menteri



Datuk Dr. S. Subramaniam



Timbalan Menteri



Datuk Noraini Ahmad



KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN



Menteri



Datuk Ismail Sabri Yaakob



Timbalan Menteri



Wee Jeck Seng



KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA



Menteri



Datuk Shahrir Abdul Samad



Timbalan Menteri



Jelaing anak Mersat



KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI



Menteri



Datuk Shaziman Abu Mansor



Timbalan Menteri



Datuk Joseph Salang Anak Gandum



KEMENTERIAN PELAJARAN



Menteri



Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein



Timbalan Menteri



Dr. Wee Ka Siong
Datuk Razali Ismail



KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI



Menteri



Datuk Seri Khaled Nordin



Timbalan Menteri



Datuk Dr. Hou Kok Chung
Datuk Idris Haron



KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI



Menteri



Datuk Noh Omar



Timbalan Menteri



Datuk Saifuddin Abdullah



KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR



Menteri



Datuk Douglas Unggah Embas



Timbalan Menteri



Datuk Abdul Ghapur Salleh



KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI



Menteri



Datuk Mustapa Mohamed



Timbalan Menteri



Datuk Rohani Abdul Karim



KEMENTERIAN PENGANGKUTAN



Menteri



Datuk Ong Tee Keat



Timbalan Menteri



Datuk Anifah Aman



KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI



Menteri



Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili



Timbalan Menteri



Fadilah YusOf



KEMENTERIAN PELANCONGAN



Menteri



Datuk Seri Azalina Othman Said



Timbalan Menteri



Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib



KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN



Menteri



Datuk Mohd. Shafie Apdal



Timbalan Menteri



Teng Boon Soon



KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT



Menteri



Datuk Dr. Ng Yen Yen



Timbalan Menteri



Noriah Kasnon



KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH



Menteri



Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib



Timbalan Menteri



Tan Sri Joseph Kurup
Joseph Entulu Belaun



KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI



Menteri



Datuk Peter Chin Fah Kui



Timbalan Menteri



Senator A. Kohilan Pillay



KEMENTERIAN KESIHATAN



Menteri



Datuk Liow Tiong Lai



Timbalan Menteri



Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad



KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN



Menteri



Datuk Seri Zulhasnan Rafique



Timbalan Menteri



Datuk M. Saravanan



*Sumber: Utusan Malaysia, 18 Mac 2008





Tuesday, March 18

Remaja Cemerlang



"AKAL yang cerdik itu terletak pada perut yang lapar."


Begitu pesan seorang ustazah yang menjadi ingatan buat pelajar yang mencipta rekod cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Azali Azlan, 18.Malah, pelajar yang memperoleh 20 1A dan 1 2A itu mengakui berpuasa sepanjang musim peperiksaan adalah tradisi keluarganya.


Pencapaiannya memang menakjubkan dan sukar dibayangkan bagaimana pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah itu mengulang kaji setiap mata pelajaran yang diambil dan tekanan yang dihadapinya. Azali ketika ditemui mengakui tidak mempunyai apa-apa kaedah dalam mengulang kaji pelajaran dan dia juga tidak pernah membuat jadual mengulang kaji. "Saya tak mahu terikat dengan masa. Jika saya rasa malas, saya tak akan mengulang kaji. Bagaimanapun, jika sudah memulakannya, saya tidak akan berhenti selagi tidak puas hati," katanya ketika ditemui di sekolahnya, baru-baru ini.


Anak pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Sungai Petani, Kedah itu memperoleh 20 1A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Matematik Moden, Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan Melayu. Dia yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 itu mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi. Keputusan itu sekali gus mengatasi rekod 17A yang dipegang Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor Bahru sejak 2004.


Ditanya mengenai cara pemakanan, Azali berkata, dia yang tinggal di asrama disarankan pengetuanya, Ramli Shafei supaya mengamalkan pengambilan makanan tambahan mengikut cara Islam iaitu kurma, susu dan madu ketika musim peperiksaan. "Saya memakannya pada awal pagi iaitu sebelum solat Subuh. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah ia berjaya memberi kesan," katanya.


Azali turut mengakui menghadapi tekanan sepanjang musim peperiksaan terutama berkaitan jarak masa yang terlalu dekat. Akibat mengambil 21 mata pelajaran, Azali perlu menduduki peperiksaan setiap hari selama tiga minggu (kecuali Sabtu dan Ahad) dan setiap hari sekurang-kurangnya dua mata pelajaran perlu diambil. Malah, dalam tiga mata pelajaran iaitu Kesusasteraan Melayu, Geografi dan Pendidikan Islam, Azali adalah pelajar tunggal yang mengambil mata pelajaran itu di sekolahnya.


"Selain berdoa kepada Allah dan meminta bantuan ibu bapa, saya meminta sokongan daripada guru. Ketika berseorangan menduduki peperiksaan itu, saya ditemani tiga guru yang memberi sokongan," katanya. Sementara itu, bapanya, Azlan Othman, berkata apa yang dicapai anaknya itu hasil usahanya sendiri. Malah, Azali juga begitu rajin serta gigih dan mudah memahami apa yang diajar gurunya sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah. "Setiap kali peperiksaan, Azali tidak pernah menghampakan. Keputusannya cukup baik dan tidak pernah merosot," katanya ketika ditemui di rumahnya di Tikam Batu, Sungai Petani, baru-baru ini. Dia dan isteri, Rozita Sanapi tidak pernah mempertikaikan keputusan Azali untuk mengambil 21 mata pelajaran, sebaliknya memberi kebebasan kepada Azali untuk menentukan masa depannya.


Walaupun agak terkejut dengan keputusan Azali mahu mengambil 21 mata pelajaran ketika mendaftar untuk SPM, Azali meyakinkannya dia mempunyai kemampuan. "Saya berbincang dengan pengetua serta guru dan mereka yakin dengan keupayaan Azali. Bagaimanapun, saya meminta mereka merahsiakan perkara itu daripada pihak lain supaya Azali tidak rasa tertekan," katanya. Baginya, Azali lain daripada yang lain dan lebih suka kepada perkara yang tidak dilakukan orang lain. Jika minat terhadap sesuatu, Azali akan berusaha sehingga dapat. Rozita pula pada mulanya bimbang dengan keputusan Azali untuk mengambil 21 mata pelajaran. Dia bimbang jika keputusannya itu boleh mendatangkan tekanan dan bebanan.


"Apabila melihat dia yakin dan turut mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun pada 2006, saya dan suami terus memberi galakan kepadanya di samping kerjasama serta bantuan yang diberi pengetua dan guru sekolahnya," katanya.


Azali yang juga anak ketiga daripada lima adik-beradik itu bercadang melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang bioteknologi.Sementara itu, adiknya Azim, 14, berkata dia begitu berbangga dengan kejayaan abangnya dan berazam mahu mencontohi serta menuruti jejaknya itu dengan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. "Apa yang saya harap ialah dapat mencapai kejayaan yang memberi kepuasan kepada diri sendiri. Tetapi, jumlah mata pelajaran yang diambil mungkin tidak sebanyak abang saya," katanya.


*Sumber: Harian Metro, 17 Mac 2008


Monday, March 17

Rindu




Rindu menyapa lagi

debu kasih bumi Anbia

harumnya terbang bersama angin

menyusup lembut rona hati

dan kamipun menghitung hari...


Putih




Mereka bertanya

apa warnaku

hijau atau biru?



Bagiku

warna apupun, cantik belaka

andai bijak mencoraknya



Namun dalam aneka warna

cuma satu yang kupilih - Putih!





Malaysiaku Tercinta





Malaysiaku tanah air kecintaanku

menuju mercu dengan acuan sendiri

Malaysiaku, kiblatnya bukan Jepun, tapi Kaabah

Harakiri milik manusia beruk, pengikut Musa, penangkap ikan di hari Sabtu

Pemimpinku bukan pengecut, bukan dayus

Pemimpinku umat Muhammad, pemansuh syariat terdahulu

Memperbetulkan kepincangan, bukannya membunuh diri dan lepas tangan

Pemimpinku tak gentar melawan arus

Cuma sekali ini ia tewas dan bangkit kembali

Kerisnya bukan sembarangan

Kalau ia mahu, sekilas, kuasanya mampu menumbang lawan

Bukan sekali kutaksub pada pemimpinku, namun dialah ulul amri

yang kutaati, sesudah Allah dan rasul-Nya

yang berdiri antara syurga dan neraka

dan kutahu dia bukan sempurna, tapi yang terbaik

dan kutahu kau dan aku jua bukan sempurna

namun kita saling melengkapi



Malaysiaku bukan Indonesia, bukan Pakistan, bukan Palestin

demokrasiku bukan senapang, bom dan peluru berpandu

Malaysiaku warganya berbilang, bukan untuk bermusuhan

dalam kepelbagaian, tercipta keindahan

kerna Dia menciptakan kita, berbeza, agar saling mengenal



Malaysiaku bukan sempurna, itu kutahu

namun Malaysiaku tetap tanah airku

tanah kecintaanku, tanah tumpah darahku

dan akukan terus menyintaimu

kerna kecintaan ini sebahagian dari iman, titian redha ar-Rahman



Malaysiaku tanah air kecintaaku

bangkit berlari menuju mercu dengan acuan wahyu

ukirkan buku baru, citra baru, dengan pena baru

maju dan terus maju, demi Yang Satu




Nikmat





Nikmati saat bersendirian

di situ ada kedamaian



Nikmati saat kau punya teman

di situ ada keindahan

Sunday, March 16

Salam Benua


Oleh Sasterawan Negara, Usman Awang


I


MEREKA memisahkan kita

pasport visa wilayah segala tempoh nama

mereka merompak kita dengan undang-undangnya

peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya

kita dipaksa memilih salah satu

dan kita mesti memilihnya

tiada jalan lain


II


Telah saudara pilih senapang dan peluru

banyak pemimpin memilih dollarnya

untuk ini saudara membasahi baju

rumput-merah sungai-merah

tangis anak-anak

darah rakyat tertindas


III


Saudara memerah kaktus melumat batu

menjadikannya minuman makanan

gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya

anak-anak kecil menyandang senapang

saudara menghitamkan langit menyelubungi

saluran minyak

setengahnya menyanyi di penjara

untuk pembebasan Palestin


IV


Kami bertatih di sawah semakin kering

petani-petani mulai menebang hutan dara

permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam

ketenangan yang di belakangnya memangkas kami

yang sedikit ini sedang belajar

dari tiap pengalaman saudaradan pengalaman sendiri

kami memampatkan gerhana bulan mei

pada tujuan tempat

nusantara ini


V


Salam

tanpa visa

pasport

golf

warna

kemanusiaan rakyat

seluruh benua


~Usman Awang, 1970~

Siapapun tahu...







Siapapun tahu berkata, tak semua dikota


Siapapun tahu berbahas, tak semuanya bernas


Siapapun tahu memandu, tak semua berhemah


Siapapun tahu menafsir, tak semuanya tepat


Siapapun tahu belajar, tak semua pandai


Siapapun tahu mengkritik, tak semuanya berasas


Siapapun tahu memuji, tak semuanya ikhlas


Siapapun tahu melukis, tak semuanya cantik


Siapapun tahu memasak, tak semuanya enak


Siapapun tahu berlagu, tak semuanya merdu


Siapapun tahu menulis, tak semua membina


Siapapun adalah manusia... selalu saja tak sama, tak serupa...


Saturday, March 15

Nafsu

Nafsumu itu ibu segala berhala
Berhala kebedaan ular sawa
Berhala keruhanian naga
Itu ibarat perumpamaannya

Mudah sekali memecah berhala
Kalau diketuk hancurlah ia
Walau batu walaupun bata
Walau ular walaupun naga

Tapi bukan mudah mengalahkan nafsu
Jika hendak tahu bentuk nafsu
Bacalah neraka dengan tujuh pintu
Dari nafsu keluar ma’siat setiap waktu.

~ Jalaluddin Rumi~

Puisi ini dikutip dari laman Dunia Penyair

Seniman Sarjana




Seorang sarjana adalah juga seorang seniman.


~Prof. Dr. Abdul Aziz Jemain~

Pesan dari Kubur




kubina istana berjuta

kemilau bercahaya

akhirnya yang kuhuni

keranda gulita


Monday, March 10

Pasca PRU-12


Seperti dijangka, keputusan PRU -12 memberikan kejutan dan debaran tersendiri. Media dan pemerhati politik seakan tergamam seketika. Pertaruhan barisan muka baru dan lama mengundang spekulasi, risiko dan reaksi yang berbeza dari khalayak pengundi. Ternyata ada 'sesuatu' yang tersurat dan 'tersirat' dari suara-suara kecil yang bersatu menjadi gelombang baru yang turut mencetuskan 'fenomena baru' yang 'mendebarkan'.


Berbeza dari empat tahun lalu, ramai yang sudah terlelap di depan kaca tivi semasa kesemua pengumuman kiraan undi disempurnakan. Bahang PRU-12 terlalu panas sehinggakan media cetak perlu 'menyejukkan' terlebih dahulu senarai barisan Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negeri terbaru negara sebelum diedarkan di seluruh negara esok.


Suara hati rakyat sudah berkumandang. Kekalahan bukan bermakna dunia sudah kiamat. Kemenangan bukan bermakna masa untuk berpesta dan alpa. Tidak mustahil, ada yang bakal dihadiahkan 'sebatang penyapu' atau berbatang-batang penyapu sebagai simbolik nakal yang 'menggetarkan perasaan'. Apapun, ini bukan masa untuk membalas dendam, apatahlagi menunjukkan keangkuhan. Setiap undi adalah amanat dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan.


Apa nak buat dengan poster pilihanraya?



1. Serahkan kepada calon yang bertanding sebagai kenangan-kenangan dan arkib.


2. Disimpan dengan baik untuk digantung semula empat/lima tahun lagi.



3. Difailkan sebagai dokumen asas untuk menuntut janji manifesto.



4. Dijadikan kertas dinding sebagai sebahagian daripada dekorasi kediaman.



5. Dijadikan latar belakang hiasan bunga kering, dibingkaikan dan digantung di dinding rumah atau dilipat-lipat untuk dijadikan jambangan bunga hiasan



6. Dijadikan pembalut buku edisi terhad



7. Dijahit dan dijadikan langsir pintu dan tingkap






Pesan



Usah disesali apa jua yang terjadi

air mata darah sekalipun takkan mampu mengubah sejarah

kehidupan perlu diteruskan

perjuangan perlu ditegakkan

pengorbanan memerlukan kebijaksanaan... kesabaran

menjadi insan berguna, bukan dipergunakan...


Ada masanya kita rebah

tersungkur di pelabuhan

namun itulah saat terbaik, mengenal kawan dan lawan

jua bermuhasabah mengimbas kenangan

mengirai debu lampau yang membekas nurani


Apa mungkin kita bisa maju sendiri

sedang kambing yang terpisah mudah saja dibaham serigala?

Apa mungkin kita bisa membangun negara

setelah pagarnya kita buka untuk dihuni lanun durjana?
oooo
0000
~Bangi, 25 Febuari 2008

Friday, March 7

Sekali Air Bah...

Ramai orang berubah menjadi lebih positif secara drastik dan kembali menjadi negatif juga secara drastik. Perubahan yang kekal lazimnya berlaku apabila disertai dengan ilmu yang benar dan kefahaman yang jitu, bukan sekadar ikut-ikutan.

Masihkah Kau Ingat?

Pastinya kau masih ingat...

pegawai berdedikasi itu, budak comot manja yang pernah kau temui di jalanan

ulama tersohor itu, anak kurus yang pernah kau pukul dek nakalnya

jutawan ternama itu, remaja tempang yang tertunduk malu tika kau marahi di laman rumahmu

negarawan terbilang itu, teman sekelasmu yang paling pendiam dan selalu kau buli

Pastinya kau jua masih ingat...

penagih tegar itu, dia anak pintar sahabatmu yang pernah kau kagumi

pembunuh kejam itu, insan budiman yang kau sanjung dulu

jenazah yang kau talkinkan itu, insan istimewa yang bertakhta dihatimu


Manusia, sebaik kejadian, potensinya berbeza, peta hidupnya seringkali tak kau duga...


Teka Dialog

Berikut merupakan antara dialog popular menjelang pilihanraya umum ke-12:

A: Tolong... baiki tak apa, jangan tukar...


B: Rakyatkan pilihanraya umum ke-12

C: Masa untuk berubah...


D: Selamat.. Aman.. Makmur...

E: Ke arah negara berkebajikan

F: Jika ... menang, akan wujud universiti pondok dan Taliban


G: Saya tak mahu bertanding tapi sokongan mereka mengharukan saya

H: Tak ada salah apa pun. Tetapi, yalah pada ketika itu sukar untuk kawal keadaan...

I: Correct... correct ...correct...!




Thursday, March 6

"Oooo... I See..."




Tuan, Bosnia dibedil Serbia
pejuangnya disembelih
srikandinya teraniaya !

O... I see..

Tuan, Tamadun Iraq tinggal sejarah
para ilmuannya dibunuh
emas hitamnya disamun penceroboh !

Oo... I see..


Lubnan sudah hancur, tuan
anak-anak yatim menangis di jalanan
yang tinggal cuma debu dan arang !

Ooo I see...

Bumi Patani bergegar, tuan
mereka bagai telur di hujung tanduk
nyawa mereka di hujung senapang !

Oooo I see...


Palestina berdarah kembali, tuan
daging para syuhada berhamburan
zionis mengganas, megah dengan kezaliman


Ooooo... I see..


* Sampai bila OIC dan 'teman sepermainannya' mampu bertahan menyebut ayat simpati ini?

Wednesday, March 5

Antara Keluarga & Kerjaya


Malaysia kini telah menyaksikan peningkatan wanita dalam sektor pekerjaan daripada 37.2% (1970), 46.8% (1995) setrusnya 51.6% (2005). Sehubungan itu, mengimbangi tanggungjawab antara kerjaya dan keluarga merupakan satu cabaran berterusan.
~Dr. Siti Aishah Hassan, UPM~

Hak




Tunaikan hak sebelum menuntut hak


~Prof. Dr. Hj. Azimi Hamzah~






Monday, March 3

Calon Pilihan






Amirul calon favourite saya. Sebabnya:



1. Dia tidak 'gila kuasa'. Dia cuma akan memimpin jika diperlukan. Kuasa bukan tujuan, tapi alat untuk membangunkan umat.

2. Dia juga sederhana tapi penuh karisma.

2. Pandangan dan hujahnya sentiasa bernas (kami tak perlu rasa malu bila melihat Amirul bersidang di Parleman nanti)

3. Senyuman dan keramahannya bukan plastik dan bukan juga bermusim.

4. Manifestonya realistik tapi mengujakan. Jauh sekali bombastik atau sekadar retorik.

5. Dia tak pernah pun menyebut-nyebut kebaikan yang telah dilakukannya. Mungkin dia takut pahalanya menyusut secara drastik. Dia juga tak pernah berlagak dengan ijazah dan kepakarannya yang ulung itu. Tapi kami tahu!

6. Dia memang bersih. Saya sudah menyemak rekodnya di BPR, JPJ, PDRM, MARA dan PTPTN. Saya juga sudah menyemak rekod pribadinya di sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti tempat dia belajar. Tidak ketinggalan juga rapport dari jiran-jiran sebelah rumah, ketua kampung, imam masjid, rakan sekerja, kawan-kawan dan cikgu-cikgunya. Saya juga sudah 'scan' hati dan organ-organ dalamannya seperti limpa, jantung, paru-paru, abdomen, usus besar dan saluran esofagusnya. Sah! Dia memang bersih!

5. Dia tak berkempen pun. Orang lain sibuk berkempen, dia tenang meneruskan rutin biasa hidupnya. Dia lebih suka kalau tak menang. Jenuh kami memujuk untuk memasang poster wajahnya yang sejuk mata memandang itu tapi tidak dibenarkannya. Sambil tersenyum manis dia berkata: " tak maulah... nanti sel-sel kulit saya mati terkena flash kamera". Sesekali dia ulang ayat klise ini : "barang yang baik tak perlukan promosi berlebihan".

6. Dia tidak pernah memburukkan lawannya. Dia malah selalu menyebarkan kebaikan dan kekuatan lawannya kepada kami. Bila kami tegah dia cuma berkata: "Yang buruk-buruk orang dah tahu sendiri, tak payah sebut lagi... tak seronok ulang perkara yang sama". Yang kami tahu, dia memang sayangkan lidahnya yang bersih itu. Kami juga dapat tahu, dia dan lawannya itu saling tegur-menegur bila masing-masing membuat kesilapan.

7. Dia profesional dan matang. Tidak bias dan bijaksana. Tak cepat melatah dan membuat kenyataan yang bukan-bukan untuk menarik perhatian. Dia menggalakkan kami membuat keputusan yang tepat berdasarkan alternatif-alternatif yang ada. Dia yakin diri.



*Sebenarnya banyak sebab kami bersepakat untuk mengundinya, tapi cukuplah dengan fakta-fakta ini. Bak kata Amirul - "barang yang baik tak perlu promosi yang lebih'. Tolong jangan beritahu dia ya, sebenarnya Amirul tak suka kami berkempen untuknya.





Saturday, March 1

Politik?




Politik dalam bahasa mudahnya - 'banyak taktik' atau 'himpunan strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat dalam situasi tertentu'. Maaflah sekiranya definisi saya tersasar jauh, tapi itulah yang difahami oleh 'lay man' seperti saya tentang politik.



Justeru, jika saya menggunakan kerangka tersebut, asas utama politik adalah matlamat, strategi dan pelakunya (manusia). Tanpa matlamat yang betul, strategi dan pelakunya sangat berpotensi merosakkan diri sendiri dan orang lain. Matlamat yang betul pula tidak akan tercapai tanpa strategi yang 'betul'. Dalam pada itu, matlamat yang 'betul' dan strategi yang 'betul' hanya dapat dilaksanakan oleh manusia yang betul-betul 'betul'.

Pesan II




Bertaqwalah... dan janganlah kamu bercerai-berai...



Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam dan berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu. Lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kamu kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadannya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.



Dan hendaklah ada segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka.
Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang berat.



~Terjemahan Surah Ali Imran, 102-105~