Syurga. Keindahan dan kesempurnaanya tidak mampu dijangkau oleh akal manusia. Namun, sedikit sahaja gambaran yang diperoleh melalui wahyu-Nya sudah cukup untuk menjadi model, 'benchmark' atau penanda aras sebuah komuniti yang sempurna untuk dicontohi.
Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.
Wednesday, November 28
Saturday, November 24
Malaysia Boleh!
Malaysia di mercu jaya. Setiap hari, pelbagai rekod baru cuba dicipta. Individu dan organisasi berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang terbaik dan serta diiktiraf oleh dunia. Masing-masing sanggup mengorbankan bajet yang besar untuk membina infrastruktur tercanggih dan membiaya ekspedisi penjelajahan ke seluruh dunia bahkan ke angkasa lepas. Semuanya dilaksanakan dengan semangat 'Keranamu Malaysia' dan 'Malaysia Boleh'.Sayangnya, rumah sudah lama siap namun pahat masih berbunyi. Apa saja projek mega yang dianjurkan pasti ramai yang memuji dan tak kurang juga yang mengeji. Mungkin penilaian semula akan dilaksanakan untuk menentukan fokus serta keperluan sebenar yang mesti dicapai untuk menjadi sebuah negara yang benar-benar maju secara syumul dalam acuan kita sendiri.
Kini, apa yang dapat dilakukan adalah memelihara, menyelenggara dan melakukan penambahbaikan bagi setiap insfrastruktur dan sistem yang dibina agar dapat memenuhi impak yang diharapkan. Dalam pada itu, keikhlasan individu dan organisasi dalam usaha mengharumkan nama negara juga tidak kurang pentingnya. Tanpa keikhlasan, jutaan wang yang dilaburkan cuma sekadar menempa nama dan kemasyhuran untuk diri sendiri.
Friday, November 23
Gagak Menangis

wak...wak.. wak...
gagak menangis lagi
ceritera Qabil dan Habil
noktahnya tak diketahui
dengki yang membakar
sesalnya berzaman
saat kita mulai bergembira
tika insan lain berbahagia
gagak pun tersenyum
dan matanya bercahaya
Monday, November 19
Transformasi Pembantu Rumah sebagai Kerjaya Professional
Pembantu rumah merupakan antara keperluan kritikal dalam sumber tenaga kerja manusia hari ini. Bagaimanapun, kerjaya ini dipandang sebagai kerjaya kelas ketiga dalam masyarakat. Justeru, Malaysia terpaksa mengimport sejumlah besar tenaga kerja daripada kalangan warga Indonesia dan Filifina untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah setiap hari.
Kerjaya sebagai pembantu rumah merangkumi ruang lingkup yang luas khususnya dalam penyelenggaraan tugas-tugas domestik seperti penyediaan makanan berkualiti, penyelengaraan dan pembersihan ruang kediaman, penjagaan kesihatan dan kebajikan warga tua serta golongan kurang upaya dan juga hal-ehwal keselamatan keluarga. Pembantu rumah juga mendapat kepercayaan yang tinggi daripada majikan untuk memegang kunci rumah semasa ketiadaan majikan serta memasuki wilayah pribadi majikan di dalam rumah. Malahan, sebahagian besar selok belok kediaman serta rahsia rumah-tangga berada di tangan pembantu rumah.
Sebahagian besar pembantu rumah terlibat pula secara langsuang dalam pengasuhan dan penjagaan bayi dan kanak-kanak majikan. Dalam kebanyakan kes, anak-anak mempunyai ikatan yang lebih mesra dan rapat dengan pembantu rumah berbanding ibu-bapa mereka sendiri. Sehubungan itu, lenggok bahasa, tingkah laku dan keperibadian pembantu rumah memberikan impak yang kuat terhadap personaliti dan keperibadian anak-anak.
Menyedari kepentingan pembantu rumah dalam pemantapan institusi keluarga dan masyarakat, peluang yang ada perlu direbut oleh mahasiswa dan golongan yang berwawasan untuk menjadikannya sebagai kerjaya profesional seterusnya mengubah pandangan skeptikal masyarakat terhadap kerjaya ini. Secara tidak langsung, strategi ini juga berupaya menangani kadar pergantungan terhadap tenaga kerja asing disamping menyediakan peluang kerjaya yang lumayan serta berupaya menyumbang secara langsung terhadap kesejahteraan institusi keluarga.Kambing
Friday, November 16
Orang yang Kaya
Orang yang kaya adalah orang yang tidak mempunyai sebarang hutang dan tidak memerlukan apa-apa selain yang dimilikinya.
Trend masakini melihat gejala sebaliknya berlaku. Pemilikan aset kediaman, kenderaan dan perniagaan berkadar langsung dengan beban hutang yang ditanggung. Semakin tinggi nilai aset, semakin tinggi beban hutang yang ditimbunkan. Dalam kata lain, ramai orang hanya mampu bergaya dengan aset yang sebenarnya dimiliki oleh pemiutang yang didominasi oleh institusi perbankan.
Persoalannya, perlukah budaya ini diteruskan dan siapakah orang yang sebenar-benarnya kaya?
Tuesday, November 6
Saturday, November 3
Santai
Santai dalam Tesaurus Bahasa Melayu Dewan didefinisikan
sebagai bebas, rehat, lapang, senggang, lega dan terluang. Keunikan setiap individu menjadikan perkara yang dianggap santai adalah berbeza di antara satu sama lain. Aktiviti merempit mungkin dianggap santai bagi seorang Mat Rempit tetapi mengerikan untuk seorang kaki bangku yang fobia dengan motorsikal. Membaca dan membahaskan buku-buku bernuansa ilmiah dan agama pula mungkin dianggap sebagai aktiviti santai bagi seorang ahli akademik dan pemikir tetapi membosankan bagi seorang yang malas membaca dan berfikir.
sebagai bebas, rehat, lapang, senggang, lega dan terluang. Keunikan setiap individu menjadikan perkara yang dianggap santai adalah berbeza di antara satu sama lain. Aktiviti merempit mungkin dianggap santai bagi seorang Mat Rempit tetapi mengerikan untuk seorang kaki bangku yang fobia dengan motorsikal. Membaca dan membahaskan buku-buku bernuansa ilmiah dan agama pula mungkin dianggap sebagai aktiviti santai bagi seorang ahli akademik dan pemikir tetapi membosankan bagi seorang yang malas membaca dan berfikir.
Subscribe to:
Posts (Atom)
